Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.cun] | راچون

Definisi : 1. bahan yg berbisa dan boleh memati­kan atau membawa maut (kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuh­an lain yg tidak dikehendaki; ~ kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd kehidupan; per­buat­an spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga; beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~; meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing jirannya; meracuni 1. membubuh racun pd: dia ber­teriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, mem­binasa­kan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat; meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar di sekeliling rumah; keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengan­dungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; peracunan perihal meracun (meracuni); peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang yg membuat racun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.cun] | راچون

Definisi : 1 sesuatu yg berbisa dan dpt mematikan atau mencederakan jika termakan: Beliau mati kerana termakan ~. 2 ki sesuatu yg dpt merosakkan batin atau fikiran: Sekarang ini telah banyak filem yg menjadi ~ kpd jiwa masyarakat. beracun ada racunnya: makanan yg ~. meracun 1 membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. meracuni menjadi spt racun pd; mengganggu dan merosakkan (hati dll): Senyumnya yg manis ~ hati. Buku-buku lucah ~ fikiran anak-anak muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Makan upas berulam racun.

Bermaksud :

Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
racun sekejap Tbsejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari.Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
racun menaun Tbsejenis racun yang paling bias yang digunakan untuk membunuh musuh. Ia boleh digunakan atau disimpan selama bertahun-tahun.Setahun kemudian Pak Semawit menemui ajalnya. Kata orang dia termakan racun menaun.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelibas MSbpenawar racun.Tidak, Embok Ali akhirnya membawa orang-orangnya menyerbu ke arah kompeni. Mereka menyerang dengan keris terhunus. Ketika inilah anak murid Embok Ali itu berdiri, lalu dia menjerit dan membaca pelibas dan petunangnya. Dia menjerit: Apa boleh buat Pak Guru, bertempurlah kita!"Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lontong II Mrsejenis racun yang dirumus daripada bisa ular tedung, getah ipuh dan pelbagai bahan lain.“Kau termakan lontong yang disumbat dalam pisang,” kata bomoh tersebut mengeleng-geleng. Harapan Manasuk untuk sembuh tipis sekali. Setakat ini tiada mangsa lontong yang selamat walaupun bomoh paling hebat dipanggil merawatnya.Perut Meletup Angkara LontongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rondowai Kd KBsejenis roh jahat.28. Rondowai atau Rondonau – Roh pembawa racun, nafasnya mengandungi penyakit.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rondonau Kd KBsejenis roh jahat.28. Rondowai atau Rondonau – Roh pembawa racun, nafasnya mengandungi penyakit.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
boton Tbsejenis bakul yang diperbuat daripada pucuk nipah atau kulit kayu. Ia berbentuk bulat dan mempunyai tali untuk di sandang di belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengangkut padi.Heboh pula suatu berita terbaru yang mengatakan bahawa Sindan mati akibat termakan racun. Bantilan akhirnya menangis. Baru dia teringat akan racun perosak yang disimpan di dalam sebuah boton dan dibiarkan tergantung di dinding sebelah luar rumahnya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nokikang Kdmatang.Bahan yang digunakan adalah bambu jenis poring atau buluh. Bambu yang dipilih untuk membuat alat ini mestilah bambu yang cukup matang atau nokikang. Bambu dikerat dan ruangan dalamnya dicelup dengan racun bubuk bambu.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
poring Kdbuluh betung; Dendrocalamus asper.Bahan yang digunakan adalah bambu jenis poring atau buluh. Bambu yang dipilih untuk membuat alat ini mestilah bambu yang cukup matang atau nokikang. Bambu dikerat dan ruangan dalamnya dicelup dengan racun bubuk bambu.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas