Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pit] | سمڤيت

Definisi : 1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dll), kecil, ketat (pakaian): di kiri kanan lorong yg ~ itu terdiri beberapa buah rumah; memakai seluar yg ~; 2. ki cetek atau picik (pandangan, fikiran, dll), dangkal: fikirannya ~; 3. tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus: perkataan agen dlm konteks racun kulat mempunyai erti yg ~; 4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dll), susah (penghidupan dsb): semakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya; sejak kam-pung itu dihitamkan, kehidupan penduduk-nya semakin ~;~ akal pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran; ~ alam Mn pemarah; ~ dada lekas marah; ~ hati lekas marah, tidak sabar; ~ kening mudah tersinggung; bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak: hidup ~ dlm sebuah rumah kecil; menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja; menyempitkan 1. menjadikan sempit, me-ngurangkan keluasan (sesuatu), me­ngecilkan: pintu disempitkan lagi kerana tidak dipisah-kan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang; 2. ki menjadikan sempit, mengurangkan (me­ngecilkan dsb), menyusah-kan, menyesakkan, membataskan: perkara ini tidak ~ perjalanan nafas; biarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya; secara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat drpd pergerakan belia; mempersempit menjadikan lebih sempit; kesempitan 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; penyempitan perbuatan menyempitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pit] | سمڤيت

Definisi : 1 tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan): Kami terpaksa bersesak-sesak melalui jalan yg ~. 2 ki serba sedikit atau serba kurang (bkn wang, pengetahuan dll); picik (bkn fikiran dll); penuh sesak (bkn sesuatu tempat dsb): Kerana hidupnya ~, dia terpaksa bekerja lebih keras drpd biasa. bersempit-sempit duduk berasak-asak kerana sempit; bersesak-sesak: Bilik belakang masih lapang, jangan ~ di sini. menyempit 1 menjadi sempit; lw meluas. 2 berada di sesuatu tempat dan membuat jadi sempit: Janganlah ~ di tempat orang hendak bekerja. menyempitkan menjadikan sempit: Janganlah ~ fikiran dgn mengikut ajaran-ajaran salah itu. kesempitan 1 keadaan atau hal sempit. 2 mengalami keadaan sempit; kekurangan (wang dsb). penyempitan perbuatan atau hal menyempitkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempit (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan ketat, kecil, kupit, ketang, ketat, kopet, kincup, terik, sepan, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cetek, picik, dangkal, singkat, pendek, tidak panjang, cupet,
Berantonim dengan luas.

3. Dalam konteks lipatan
bersinonim dengan khusus, terhad, kecil, terbatas,
Berantonim dengan merata

4. Bersinonim dengan miskin: sesak: susah, payah, sukar, picik, serba kekurangan, miskin, papa, teruk, terhimpit, tersepit, terdesak, sulit, rumit, berat, gawat,
Berantonim dengan kaya

Kata Terbitan : bersempit-sempit, menyempit, menyempitkan, mempersempit, kesempitan, penyempitan,

Puisi
 

Sayang Sarawak sungainya sempit,
     Buah nanas lambung-lambungan;
Hendak kubawa perahuku sempit,
     Tinggallah emak tinggal junjungan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sempit bertelempu,
     lega berlunjur.

Bermaksud :

Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jubata Skdewa.Mungkin inilah sialnya, gerutunya dalam minda yang sempit dan semakin payah digunakan untuk berfikir itu. Tulah apalah ini! Huh, disumpah Jubata agaknya.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wit Ib, MSrmengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju.Pengayuh di tangannya sekejap dipaut sekejap diwit untuk mengelakkan perahu tuko mereka dari tersasah dan melanggar tebing Sungai Majan yang sempit.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas