amben MSr | waktu berpantang selepas melahirkan anak. | Dia teringat lagi, selepas menutup lang bilik mandi itu dia terus kembali ke tempat tidur. Tidak perlu rasanya dia menjengah bilik tidurnya yang digunakan oleh Kartini yang masih dalam amben. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngayap Ib | pergi ke tempat tidur perempuan pada sebelah malam untuk berkenalan secara lebih dekat. | Setelah makan, Jambi dan Buat Keling lalu keluar ke ruai. Hari pun malam. Lewat malam itu, apabila semua orang sudah tidur, Buat Keling lalu pergi ngayap adik Jambi dan terus tidur bersamanya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantar Ib | ruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang. | Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanju Ib | pelantar rumah panjang biasanya digunakan untuk menjemur padi. | Tidurlah cucu, jawab Raja Langit. Apabila Raja Langit masuk ke bilik mereka berdua pun pergi ke tanju. Dari tanju itu mereka melihat tempat tidur cucu Raja Langit. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
igat Ib | sapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda. | Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |