Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.dia] | ترسديا

Definisi : telah disediakan (dilengkapkan), ada: teman hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tatabur Kd Ltberas yang diletakkan di dalam bakul khas (bakul rotan atau kulit buluh).Di hadapan dukun-dukun wanita itu tersedia "Tatabur" iaitu beras yang diletakkan di dalam sebuah bakul yang diperbuat daripada rotan atau kulit buluh. Pada hari itu juga seekor kerbau dikorbankan.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pau Ibsejenis pokok memanjat. Kulit buahnya boleh dibuat syampu setelah dikeringkan atau dijemur.Mereka terperanjat melihat segala alat mandi telah tersedia. Mentemu, batu penggosok, pau, batu penumbuk pau dan bunga-bunga kering semuanya sudah ada. Selepas mandi, mereka terlihat kesan orang mandi yang masih baru. Permandian di situ masih basah. “Siapakah yang telah mandi di situ tadi?” Mereka tertanya-tanya.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas