Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ dapur = batu ~ batu dll yg diletakkan sbg tempat memasak (dapur, keran): dapur minyak sudah meng­gantikan ~ dan kayu api; ~ kera (pelanduk) sarang sj serangga (kiak-kiak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tungku (kata nama)
Bersinonim dengan dapur, keran, anglo, kompor, tempat memasak, ketuhar, perapian, penyalai, pemanas, penunu.,

Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tawog-tawog Kd Tgsejenis rentak paluan gong yang menandakan kematian.Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
getung Kd Tgsejenis rentak gong yang menandakan berlaku sesuatu kematian.Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkobong Kdmeriam buluh, hanya digunakan untuk mengkhabarkan adanya kematian.Meriam buluh atau "tungkobong" digunakan untuk mengkhabarkan dan memberitahu kepada penduduk-penduduk kampung mengenai kematian itu. Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas