unit piawai | standard unit | Unit ukuran yang dipersetujui di peringkat antarabangsa. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
batu nautika | nautical mile | Unit ukuran bagi jarak perjalanan di laut dan di udara berdasarkan lilitan bumi. 1 batu nautika = 1852 meter (6080 kaki). Lihat rajah | Menengah Atas |
nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−) di hadapannya. | Menengah Rendah |
kurang daripada | less than | Nombor di sebelah kiri simbol mempunyai nilai yang kurang daripada nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah <. Contohnya, 7 < 8 bermaksud 7 kurang daripada 8. | Menengah Atas |
pusat | centre | Titik yang terletak di tengah-tengah ruang. | Menengah Rendah |
jarak | distance | Ukuran jauh atau ruang di antara dua titik. | Menengah Rendah |
penyebut | denominator | Nombor atau sebutan yang terletak di bahagian bawah pecahan. | Menengah Atas |
pengangka | numerator | Nombor atau sebutan yang terletak di bahagian atas pecahan. | Menengah Atas |
pusat bulatan | centre of circle | Titik yang terletak di tengah-tengah bulatan. | Menengah Rendah |
kurang daripada atau sama dengan | less than or equal to | Nombor di sebelah kiri mempunyai nilai yang kurang daripada atau sama dengan nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, a ≤ 5 bermaksud a boleh terdiri daripada sebarang nombor yang kurang daripada 5 ataupun sama dengan nombor 5 itu sendiri. | Menengah Atas |