Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masam (adjektif)
1. Bersinonim dengan asam: masam kucam
Berantonim dengan manis

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan bersut, merengus, merengut, masam catung,
Berantonim dengan manis

Kata Terbitan : memasam, memasamkan, kemasaman,

Puisi
 

Celagi manis celagi masam,
     Buah kelapa atas pintu;
Sekali manis sekali masam,
     Zaman sekarang tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Masam bagai nikah tak suka.

Bermaksud :

Berdukacita. masam = merengus, bersut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kacam, *kacham* Ibsejenis tumbuhan yang masam rasanya dan pucuknya boleh dijadikan sayur atau ulam.“Terlalu ingin makan udang salai. Kalau dimasak bersama daun kacam, kuahnya saja sudah cukup menyelerakan.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kumpang Ibsejenis pokok yang buahnya seperti buah keranji dan rasanya masam.Pada suatu hari setelah berfikir, Raja Entala lalu menebang sepohon pisang bangkit. Pangkai pisang itu diambil dan dibuat sepasang patung yang hampir serupa dengan mereka suami isteri. Raja Entala mengambil getah kayu kumpang untuk dijadikan darah patung itu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jaung Ibsejenis tumbuhan palma hutan yang berduri. Bentuknya seperti pokok salak dan buahnya masam.Lidi diperbuat daripada tulang sejenis palma yang dipanggil jaung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kubal arang Ibsejenis pokok dan buah yang tumbuh memanjat di kawasan hutan bukit, buahnya berwarna kuning kemerahan, masam dan boleh dimakan.Setelah berpakaian, Keling pun mengikat parang pengayau di pinggangnya. Hulu dan sarung parang itu berhiaskan rambut manusia berikat panjang. Disandangnya sumpitan tapang berhias emas, pemberian Bungsu Mawas yang berayun di akar kubal arang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sekut MSrbau badan yang kurang menyenangkan.Hawa panas yang terbit dari percikan peluh berbaur dengan pancaran matahari. Ini menyebabkan keadaan sekeliling bertambah panas dan membahang. Bau masam, bau hamis, bau bawang, bau sekut dan bermacam-macam lagi bau badan yang terbit daripada wap hawa badan manusia memenuhi angkasa.Anak WatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas