| buis Sk | segala bahan persediaan untuk sesuatu upacara jampi. | Buis sudah dihidangkan dengan rapi dalam dua buah apar. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sangkapan Bj, Ir | sejenis usungan yang digunakan untuk mengangkat jenazah beserta keranda serta pengiringnya dari rumah hingga ke kubur. Biasanya digunakan oleh golongan bangsawan. | Dia yakin, ada juga mereka yang datang itu bersimpati kepadanya dan membuat persediaan pengebumian jenazah. Kaum lelaki sudah pun menyiapkan sangkapan dan payung ubur-ubur empat pasang. Sepasang kayu belian telah pun diukur untuk dijadikan nisan. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |