Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Naik ke bukit bertanya anjung,
     Buat tanam pisang baka;
Kandar sirih sembilan junjung,
     Nak meminang anak pusaka.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Segan bertanya sesat jalan.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bertanya Tentang KematianZakry AbadiMIingguan Malaysia01.10.1979
Sekadar BertanyaIbnu SuhadaBerita Minggu16.07.1995
Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut!Pak SakoUtusan Melayu20.09.1987
Julie BertanyaT Alias TaibUtusan Zaman30.05.1976
Dia Bertanya Kepada TuhannyaMoza KaryaBerita Minggu05.08.1989
Orang BertanyaM.Z. AlyasUtusan Melayu10.07.2005
Penyiar Bertanya Kepada Khalayaknya (sempena 57 tahun RTM)Zazmie Zain NasutionMingguan Malaysia13.04.2003
Usah Engkau BertanyaAhmad SebiUtusan Zaman19.10.1969
Pernah Kita Bertanya?S M SalimBerita Minggu10.04.1994
Jika Mereka BertanyaAdibah AminBerita Harian08.12.1977
1234

Kembali ke atas