Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuk­nya (bangunnya) sbg: lambang ne­gara­­nya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg me­ngandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. ber­kelakuan, berperangai: orang yg sistem saraf­nya terganggu itu ~ spt orang mabuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Surabaya berupa-rupa,
     Sapu tangan jatuh ke lumpur;
Hendak kulupa tak dapat lupa,
     Lupa sebentar di waktu tidur.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rupa, berupa, merupa dan rupawanNik Safiah KarimBerita Harian (Sastera dan Budaya)05.11.2001
'Sudah Berupa Baru Bernama' tinggalkan beberapa pengajaranMaulana PutraUtusan Melayu17.07.1980
Anugerah Sastera hendaklah berupa galakan - Ismail HusseinTiadaUtusan Melayu19.11.1977
'Laksamana Muda Lela' lebih berupa dramaSuhaimi MohsenBerita Harian Singapura02.04.1987
Esei dan ulasan: umumnya berupa tulisan ringan sajaIlias ZaidiBerita Harian15.03.1976
Sajak `Lailatul Qadar' lebih berupa apologisMohamad Daud MohamadBerita Harian13.11.1986
Tinta Gafim dimartabat: dulu anugerah berupa penghargaan, kini wartawan perlu hantar artikel untuk dinilaiNor Akmar SamudinHarian Metro22.01.2008
Para remaja tidak suka pada dialog berupa kutbahMana SikanaUtusan Zaman05.12.1982
Para remaja tidak suka kepada dialog berupa khutbahMana SikanaUtusan Zaman05.12.1982

Kembali ke atas