Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.lah] | حيله

Definisi : (hélah) 1. akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ utk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya; 2. alasan yg dibuat-buat, dalih: gadis itu selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan sesaingnya dgn berbagai-bagai ~; berhelah 1. menggunakan helah (tipu daya); 2. berdalih; menghelah memperdaya, mengakali, menipu; menghelahkan 1. mendalihkan: baha­wa­sa­­nya Tuhan itu sangat mengetahui lahir dan batinnya tidak dapat dihelahkan; 2. sl memperoleh sesuatu dgn helah: kerana hendak ~ wang orang, ia sanggup mengor­bankan nama baiknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.lah] | حيله

Definisi : /hélah/ 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan se­suatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. berhelah 1 menggunakan helah (tipu daya). 2 berdalih. menghelah menipu; memperdaya; mengakali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
helah (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebab: dalih, alasan,

2. Bersinonim dengan akal: muslihat, tipu daya,

Kata Terbitan : berhelah, menghelah,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Helah larikan diriMonalisaWarta Perdana11.04.1993
Helah pemimpin PenaHashim SaniWatan19.06.1991
Helah yang membawa berkatM. Toha AliBerita Minggu12.08.1988
Helah Puteri Nurul KulubWak SelampitMingguan Wanita11.04.1986
Helah Amerika di TelukOsman Id IsaWatan07.02.1991
Helah syarikat besar pinggir Bumiputera, bahasa MelayuAkhbar:  Berita Harian16.06.2004
Mencari HelahM.Z. AliasMingguan Malaysia24.12.2006
Mencari HelahBa'ainUtusan Zaman24.05.1998
Mencari HelahM. Z. AliasUtusan Melayu11.09.1998
Tipu helah Puteri Qasanah ketika berperangAripin SaidUtusan Malaysia06.01.1995
12

Kembali ke atas