Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rut] | کاروت

Definisi : 1. = berkarut kacau, kalut, kusut (fikiran, hati, dll): fikirannya sangat ~; 2. tidak benar, bohong, dusta (perkataan, berita, dll): menceritakan cerita-cerita ~; ~-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb); mengarut 1. menyebabkan karut, menga­caukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan; kekarutan perihal karut, kekacauan (keka­lutan dll): bagaimana mereka hidup dlm dunia yg penuh kekeliruan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rut] | کاروت

Definisi : parut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rut] | کاروت

Definisi : ; ubi ~ ubi garut, ararut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rut] | کاروت

Definisi : tidak benar (bkn cerita, berita dll); bohong semata-mata; dusta. mengarut bercakap karut; berbohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karut (adjektif)
1. Bersinonim dengan yang bukan-bukan: bohong, dusta, tidak benar, tidak munasabah, tidak logik,
Berantonim dengan benar

2. Bersinonim dengan kacau: kalut, kusut, sibut, kalut, tak keruan, tak menentu,
Berantonim dengan tenang

Kata Terbitan : mengarut,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
RahsiaTukang KarutHaspaizi Mohd ZainBerita Minggu23.11.2008
Tukang karut kalahkan guruElrafaei SapiKosmo10.12.2007
Semuanya karut dan jahanam belakaPak SakoUtusan Zaman03.12.1978
Tukang karut buat album pulaNoor JaafarBerita Harian11.02.1991
Semakin karut cerita-cerita zaman iniTiadaUtusan Malaysia26.02.1987
Bila tukang karut beraksiSubashini RajandraKosmo18.12.2007
Penerang hati: cara karut dan cara modenAdibah AminUtusan Malaysia27.03.1992
Artis guna bahasa karut dikesaliAlias IsmailUtusan Malaysia23.09.1996
Puisi sufi Malaysia karut?Azman HussinBerita Harian (Sastera dan Budaya)13.01.2001
Suluh Peraba gempur kepercayaan karutIja NamiriBerita Harian04.05.1997
12

Kembali ke atas