Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap ter­mengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang­-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : Mn; selelah sejauh, setakat mana jauh­nya: ~ burung terbang; melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1 tidak berdaya lagi; letih; penat: melepaskan ~ berehat. 2 penyakit susah bernafas; asma. berlelah membuat sesuatu sehingga lelah: Mengapa ~ datang ke sini? melelahkan menyebabkan menjadi lelah. kelelahan hal atau keadaan lelah; kepenatan; keletihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelah
Rujuk :penat

Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
LelahNordin Hj.AbdullahWarta Perdana10.12.1989
Lelah Menyerang Asyik Di Jurang Nafas dan Sungai KudratSalmie SaidWatan24.01.1995
Burung LelahChe Zainul AbindinBacaria03.06.1995
Terbaring Lelah Seorang InsanChe Ahmad AwangMingguan Famili10.09.1989
Seperti pertapa lelah yang pulangNasrudin DasukiMingguan famili07.05.1987
Doa Orang LelahB. S. MohdMingguan Malaysia10.07.1994
Seorang Petani Lelah Dan Labah-LabahZainon Mohd. NoorBerita Minggu04.09.1988
Pertapa Yang LelahZaen KasturiBerita Minggu13.04.1987
Gergasi yang lelahMohd Said Abd HamidBerita Minggu01.05.1988
Seperti Pertapa Lelah Yang PulangTiadaMingguan Famili07.06.1987
123

Kembali ke atas