Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngua.sa.i] | مڠواساءي

Definisi : 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngua.sa.i] | مڠواساءي

Definisi : 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menguasai bahasa sendiriZubaidi AbasUtusan Borneo11.05.2009
Menguasai bahasa dan ilmuZubaidi AbasUtusan Borneo02.03.2009
Menguasai bahasa ibundaTiadaBerita Harian (Singapura)19.11.1981
Menguasai bahasa ibundaTiadaBerita Harian (Singapura)03.12.1981
Menguasai bahasa ibundaTiadaBerita Harian (Singapura)24.12.1981
Menguasai bahasa ibundaTiadaBerita Harian (Singapura)14.01.1982
Menguasai bahasa ibundaTiadaBerita Harian (Singapura)22.10.1981
Menguasai bahasa ibundaTiadaBerita Harian (Singapura)05.11.1981
Menguasai bahasa ibundaTiadaBerita Harian (Singapura)12.11.1981
Menguasai bahasa Arab penting - KhalilTiadaUtusan Melayu08.10.1983
123456

Kembali ke atas