Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jin] | راجين

Definisi : 1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun: dia ~ belajar; dia ~ bekerja utk menambah pendapatan keluarga; 2. kerap kali, selalu (berbuat se­suatu, melakukan sesuatu): ia ~ ke masjid; tak ~ Kl, bp tidak pernah; rajin-rajin dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh; merajinkan; ~ diri berusaha benar-benar, mengusahakan diri; kerajinan 1. perihal rajin, kegiatan, kete­kun­an: guru hendaklah mendatangkan ke­cenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (me­ng­-hasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai me-majukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerja­kan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusaha­an) dgn tangan (bukan dgn mesin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jin] | راجين

Definisi : 1 suka bekerja (belajar dll); giat; tekun: Ia ~ belajar. 2 selalu berbuat sesuatu; kerap kali melakukan sesuatu: Ia ~ pergi ke masjid. kerajinan hal atau sifat rajin; ketekunan: Kerana ~ belajar, mereka lulus dgn mendapat markah yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajin
1. Bersinonim dengan tekun
( bersungguh-sungguh, tekun, getol, beria-ria, gigih, giat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan malas

2. Bersinonim dengan selalu
( sentiasa, kerap, kerap kali, acap kali, sering, sering kali, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : merajinkan, kerajinan,

Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rajin - jujur berdikariPak Pandir ModenUtusan Malaysia02.12.1982
Rajin usaha budaya kitaPak Pandir ModenUtusan Malaysia16.07.1983
Rajin membaca bertambahlah pengetahuanHantu RayaUtusan Melayu13.09.1982
RajinZainun OmarUtusan Melayu23.01.2001
Hidup rajin dengan usaha sendiriK.BaliSabah Times17.03.1993
Kerana rajin dan tidak kenal jemu: pengarang bela pemberitaHalim MahmoodMingguan Wanita31.05.1985
Hidup rajin dengan daya usaha sendiriK. BaliNusantara12.05.1991
Orang Malaysia rajin membacaRashiqah Ilmi Abd RahimBerita Harian12.03.2009
Hikayat Si RajinKhadijah HashimBerita Minggu16.03.2008
Pelajar Chuping rajin membacaRamli IsmailUtusan Malaysia31.03.1993
123

Kembali ke atas