Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~. 2 tepat benar dan sesuai sekali; tidak salah lagi. Anak-anak hendaklah dididik supaya dpt menghitung dgn ~. kesaksamaan hal atau keadaan saksama; ketelitian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saksama (adjektif)
1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata,
Berantonim dengan sembarangan

2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata,
Berantonim dengan berat sebelah

3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : kesaksamaan,

Peribahasa

Tinggi disusupi,
     rendah dilangkahi.

Bermaksud :

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Utamakanlah kajian-kajian yang saksama ...Hantu RayaUtusan Melayu26.03.1984
DPB untuk pertumbuhan seimbang dan agihan saksamaMahathir MohamadUtusan Malaysia18.06.1991
Harap kabinet timbang isu iklan Ingeris dengan saksama.-Utusan Malaysia13.09.1992
Harap kabinet timbang isu iklan Ingeris dengan saksamaTiadaUtusan Malaysia16.09.1992
Harap kabinet timbang isu iklan Ingeris dengan saksamaTiadaUtusan Malaysia16.09.1992
Harap kabinet timbang isu iklan Ingeris dengan saksamaTiadaUtusan Malaysia16.09.1992

Kembali ke atas