Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1 sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2 hanya; cuma: ~ menunggu perintah ketua utk menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,

Puisi
 

Dang ding dang cabai Melaka,
     Kulit kaki tumpang tenggiri;
Sakit hati berpandang mata,
     Sekadar menyakit hati sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sekadar imbasan semulaElrafaei SapiKosmo18.10.2007
Sekadar menghantar mesejA. Wahab HamzahUtusan Malaysia (Hiburan)02.03.2001
Sekadar JelmaanZainal Rashid AhmadBerita Minggu (Sastera dan Budaya)23.07.2000
Sekadar Di PinggiranSham SiminBorneo Mail28.10.1993
Sekadar CatatanZaidin AbadiBerita Minggu04.08.1991
Sekadar Seniman KecilMasnah AnuarBorneo Mail28.08.1994
Sekadar sebuah cerita yang lancarTiadaMingguan Timur23.08.1991
Sekadar satu ingatanYahaya AbdullahM.Utara05.07.1989
Sekadar BertanyaIbnu SuhadaBerita Minggu16.07.1995
Sekadar catatanLanang SejagatMingguan Malaysia15.01.1995
12345678910...

Kembali ke atas