Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut me­mer­hati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, peng­kaji, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1 cermat dan hati-hati (melakukan sesuatu): Dia membaca soalan-soalan itu dgn ~ sebelum menjawabnya. 2 sungguh-sungguh (ketika melakukan sesuatu); cermat; hati-hati: Direnungnya muka anaknya dgn ~. meneliti 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. ketelitian keadaan atau hal teliti; kecermatan. penelitian perbuatan atau hal meneliti. peneliti orang yg meneliti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Sarap sehelai dituilkan,
     batu sebuah digulingkan.

Bermaksud :

Menyelidiki dan memeriksa sesuatu dengan teliti. tuil = buang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Teliti isu bahasa Melayu hingga ke akar umbiSharifudin Lubis, Dr.Utusan Malaysia11.12.2008
Teliti pilih karya untuk KomsasAbdul Aziz HassanMingguan Malaysia20.05.2007
Teliti tangani isu kemerosotan bahasa InggerisSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)01.02.2001
Teliti setiap tajuk karanganAdibah AminBerita Harian25.10.1982
Teliti dulu sebelum memanggungkan teater dari skrip asingM. Hanafiah A. SamadWatan26.06.1977
Teliti semula penggunaan bahasa InggerisSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)15.06.2002
Penoh teliti ikuti amanat Tun di-kongresTiadaUtusan Malaysia18.08.1971
Kajian teliti punca kejayaan Naim menang cipta logo Hari kebangsaanTiadaUtusan Malaysia03.07.1990
Karangan: teliti tajuk memilihAdibah AminBerita Harian01.11.1982
Azman teliti karenah orangRosliza MohamedMetro Ahad10.08.2003
1234567

Kembali ke atas