Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Teruk kena kritik, Mustafa Noor tidak patah hatiSaodah IsmailBerita Harian02.02.1984
Undang2 sekarang lebih teruk dari dua zamanSubky LatifWatan27.03.1981
Teksi mogok, penumpang terukLanang SejagatMingguan Malaysia08.01.1995
Satu cara mengubat orang sakit terukAripin SaidBerita Harian27.02.1978
Sari Bahasa usaha Kementerian Penerangan teruk, kata Dr. AmirTiadaBintang Timur26.05.1983
Satu cara mengubat orang sakit terukAripin SaidBerita Harian02.02.1978
Dugaan-dugaan hidup semakin hebat dan terukHantu RayaUtusan Melayu01.08.1983

Kembali ke atas