odd lot theory | teori lot ganjil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Teori yang mencadangkan tindakan pelaburan berlawanan daripada kegiatan pelabur kecil dengan melihat nisbah jualan lot ganjil bahagi belian lot ganjil. Jika nisbah positif teori mencadangkan strategi menjual dan jika nisbahnya negatif, teori mementingkan tindakan membeli. |
sampling | pensampelan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kaedah memperoleh bahan atau maklumat daripada hanya sebahagian kecil populasi atau lot kerana pemeriksaan atau penilaian keseluruhan populasi terlalu mahal, memakan masa atau sukar dibuat. |
pocket park | taman poket | Landskap | Tiada | Taman kecil yang terbuka dan boleh dikunjungi oleh orang awam, dibina di kawasan bandar sama ada di satu lot bangunan kosong atau tanah yang kecil. |
small investor | pelabur kecil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Individu yang mempunyai wang yang sedikit untuk melabur dengan membeli beberapa lot sekuriti atau kontrak hadapan atau opsyen. |
odd-shaped plot | plot bentuk ganjil | Landskap | Tiada | Lot tanah yang berbentuk lain daripada kebiasaan dan mempunyai bahagian yang sukar untuk direka bentuk seperti terlalu runcing dan kecil. |