zone of influence | zon pengaruh | Geografi | Tiada | Tiada |
zone of influcence | zon pengaruh | Geografi | Tiada | Tiada |
zone of influcence | zon pengaruh | Sosiologi | Tiada | Satu kawasan pada jarak tertentu dari sesebuah bandar yang menerima perkhidmatan dari bandar tersebut. |
area of influence | kawasan pengaruh | Hidrogeologi | Tiada | Kawasan akuifer yang permukaan potensiometrinya turun kerana penyadapan air atau naik kerana suntikan air, melalui perigi atau binaan lain yang direka khas untuk tujuan itu. (Dimensi: L2) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: zon pengaruh |
buffer zone | zon penimbal | Pertanian | Agroteknologi | Satu kawasan penghalang yang dibentuk untuk mengasingkan tanaman daripada pengaruh yang tidak diingini. Contohnya, dalam pengawalan rumpai yang menggunakan racun kimia, zon penimbal perlu diadakan untuk melindungi tanaman yang peka kepada racun ini. Zon penimbal memisahkan kawasan yang disembur racun dengan kawasan yang tidak disembur racun. Bagi mendapatkan pensijilan sistem tanaman organik, sesebuah ladang organik perlu mempunyai zon penimbal bagi membezakannya dengan ladang bukan organik. Contoh lain ialah bagi pembiakan jagung; zon penimbal perlu disediakan bagi mengawal pendebungaan daripada baka luar supaya tidak mencemari kacukan yang diusahakan. |
Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN)) | Zon Aman, Bebas dan Berkecuali | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep zon yang disuarakan oleh Malaysia dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. Konsep ini telah mendapat sokongan negara serantau yang merupakan salah satu cita-cita ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai zon yang bebas daripada campur tangan pengaruh luar. Proses pengecualian menekankan supaya setiap negara saling menghormati kedaulatan antara satu sama lain. Negara di rantau ini tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang mengancam keselamatan sesebuah negara lain. Konsep ini juga merupakan satu mekanisme untuk menjauhkan campur tangan kuasa besar dalam hal ehwal politik negara ASEAN. Sinonim ZOPFAN. |
zonal soil | tanih zon | Geologi | Tiada | Tanih matang; tanah yang mempunyai ciri-ciri yang berkembang dengan baik, yang secara andaian, mencerminkan pengaruh agen genesis tanah. |
gravity water | air graviti | Biologi | Ekologi | Air di zon tepu yang bergerak mengikut pengaruh daya graviti. |
marine tropical climate | iklim tropika kelautan | Geografi | Tiada | Iklim zon tropika yang di bawah pengaruh laut. |
maritime climate | iklim kelautan | Geografi | Tiada | Iklim yang terdapat pada beberapa zon sederhana bumi yang di bawah pengaruh laut, dan dengan musim sejuk yang sederhana, musim panas yang tidak terlalu panas dan taburan hujan tahunan yang sama rata. |