coincidence rangefinder | penentu julat bertepatan | Fizik | Optik | Penentu julat optik yang menggunakan pandangan satu mata melalui kanta mata tunggal untuk memberi asas pelarasan penentu julat supaya dua imej sasaran atau sebahagian dari kedua-duanya menjadi sepadan atau bertepatan apabila dipandang daripada lintasan yang berbeza. |
parfocal | parfokus | Fizik | Optik | Titik-titik fokus yang saling bertepatan. |
role action | peranan teladan | Perubatan | Tiada | Tugas atau tanggungjawab jururawat yang bertepatan dengan peranannya. Tanggungjawab ini amat diharapkan oleh pesakit. |
repulsive force | dimensi keempat | Fizik | Mekanik | Koordinat keempat dari ruang Minkowski yang bertepatan dengan masa bagi sesuatu peristiwa yang berlaku. |
ethical behaviour | tingkah laku beretika | Pengurusan | Perancangan | Tindakan oleh setiap ahli organisasi yang bertepatan dengan kehendak dan pemikiran masyarakat setempat. Tingkah laku beretika lazimnya berkenaan dengan urus niaga yang baik dan mampu menunjukkan amalan perniagaan yang bermoral termasuk amanah, keadilan, memelihara maruah, menghormati kepelbagaian dan hak setiap individu. Amalan ini juga seharusnya tidak bercanggah dengan sebarang peraturan dan undang-undang serta menjadi asas kepada budaya dan nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi. Contoh tingkah laku beretika ialah sikap telus dan penerangan secara terperinci oleh institusi perbankan yang memberikan pinjaman kepada para peminjam supaya mereka memahami setiap klausa perjanjian dengan jelas dan terhindar daripada unsur-unsur penipuan. Lihat juga tanggungjawab etika. |
autocollimation | pengautokolimatan | Fizik | Optik | Tatacara untuk meletakkan sesuatu objek tepat pada fokus utama suatu kanta supaya objek dan imej pantulannya bertepatan. |
biconical antenna | antena dwikeruncut | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Antena yang terdiri daripada dua keruncut logam yang mempunyai paksi sepunya sama ada puncak-puncaknya bertepatan atau bersebelahan dengan kabel sepaksi atau pemandu gelombang dan kedua-dua puncaknya dihubungkan. keruncut-keruncut itu pula mempunyai paksi sepunya dengan kabel sepaksi dan dengan penghantaran gelombang pada puncak keruncut tersebut. |
earth inductor | induktor bumi | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Induktor untuk mengukur sudut junaman medan magnet bumi yang mempunyai gegelung berputar di dalam medan magnet bumi dan voltan akan teraruh apabila paksi putaran tidak bertepatan dengan arah medan. |
just-in-time production | pengeluaran sesempat masa | Ekonomi | Tiada | Sistem pengeluaran yang mengelakkan pembaziran dan kecacatan pada keluaran dengan mengurangkan inventori ke tahap minimum melalui jaminan pembekal yang berhampiran untuk perbekalan berkualiti tinggi secara paling cekap dan bertepatan masa. |
personnel psychology | psikologi personel | Psikologi | Psikologi Umum | Bidang yang menumpukan perhatian kepada pengujian, pemilihan, penempatan dan kenaikan pangkat pekerja dalam bidang pekerjaan. Pakar bidang ini boleh menggunakan analisis kerja untuk memilih pekerja bagi satu-satu pekerjaan. Analisis kerja ini mengandungi senarai kemahiran, pengetahuan dan aktiviti-aktiviti yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan tertentu. Pemilihan boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah temu duga untuk menentukan calon yang bertepatan dengan ciri-ciri yang dikehendaki. Sinonim psikologi kakitangan. |