naive narrator | pengisah naif | Kesusasteraan | Tiada | Watak lurus dan berterus terang dalam menyampaikan cerita. |
miser | watak pembohong | Kesenian | Drama dan Teater | Peranan yang memperlihatkan ciri seseorang yang tidak berterus terang dan menipu untuk kepentingan peribadi. |
kiasan | kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang digunakan untuk mengatai dan mengejek seseorang tidak dengan berterus terang. Kiasan juga digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara secara bandingan, sama ada dengan menyebut bandingannya atau sebaliknya. Kiasan mempunyai perkataan sebanding dengan kinayah dalam bahasa Arab, dan kinayah merupakan salah satu aspek ilmu al-bayan (retorika). Namun, kisah berbeza dengan kinayah kerana kiasan mampu menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara atau dapat memberikan makna dan kesan yang khusus kepada pengucapnya, sedangkan kinayah digunakan untuk tujuan bombastik atau penekanan untuk menggambarkan sifat mulia dan keberanian seseorang. Kiasan mempunyai persamaan dengan eufemisme dari sudut gambaran sifat sensitiviti, kesopanan dan rasa malu penuturnya untuk mengelakkannya daripada menyinggung perasaan orang lain. |
sarcasm | sindiran | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi. |
semplice | semplice | Muzik | Tiada | Gaya persembahan yang mudah dan biasanya dimainkan secara ringkas dan berterus terang. |
?usn al-ta�l?l | ?usn al-ta�l?l | Kesusasteraan | Tiada | Penafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad? |
naive | naif | Kesusasteraan | Tiada | Sifat yang seadanya diberikan pada bentuk yang memperlihatkan sikap jujur, bersahaja, tidak menaruh syak wasangka dan lurus serta berterus terang. |
existential counseling | kaunseling kewujudan | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka. |