folklore programme | rancangan budaya rakyat | Komunikasi | Tiada | Tiada |
folk literature | kesusasteraan rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Hasil penjelmaan fikiran kepada pengucapan yang bercirikan budaya rakyat yang menggunakan bahasa. |
motive | motif | Kesusasteraan | Tiada | Unsur yang menjadi dasar untuk mengembangkan kisah atau situasi yang konvensional, daya penarik atau insiden yang digunakan dalam budaya rakyat, cereka atau drama. |
motif | motif | Kesusasteraan | Tiada | 2. Gagasan yang dominan dalam sesebuah karya sastera seperti tema, citra, atau persoalan yang berulang , situasi yang konvensional, daya penarik dan insiden-insiden yang digunakan dalam budaya rakyat seperti yang terpancar dalam sesebuah karya sastera. Contoh: motif ibu tiri dalam sastera Melayu Klasik, motif penyamaran dalam sastera Panji. |
cultural anthropology | antropologi budaya | Sejarah | Tiada | Bidang kajian antropologi yang mengkaji budaya daripada berbagai-bagai aspek dan menggunakan kaedah, konsep arkeologi, etnologi, entnografi, linguistik, budaya rakyat dan psikologi. |
literary dissemination | penyebaran sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat. |
popular culture | kebudayaan suka ramai; kebudayaan rakyat: budaya pop | Sejarah | Tiada | Budaya yang menjadi ikutan atau kesukaan atau amalan dalam sesebuah masyarakat sama ada negatif atau positif. |
popular culture | kebudayaan suka ramai; kebudayaan rakyat: budaya pop | Pendidikan | Tiada | Tiada |
chirographic culture | budaya kirografik | Kesusasteraan | Tiada | Budaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan |
mass culture | budaya jelata | Komunikasi | Tiada | Budaya yang diamalkan oleh rakyat jelata atau ahli masyarakat biasa. Budaya ini tidak diamalkan oleh kumpulan bangsawan. |