Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kemampuan utk bersaing; berdaya saing mempunyai daya saing: sya­rikat-syarikat yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kemampuan utk bersaing: Mereka mempunyai ~ yg tinggi dlm mengejar kemajuan. berdaya saing mempunyai kemampuan utk bersaing: Kebanyakan syarikat tsb ~ dan berkemampuan utk maju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
competitivenessdaya saingPentadbiranTiadaKemampuan mengekalkan tahap persaingan dalam pengawalan barangan atau perkhidmatan.
strategic competitivenessdaya saing strategikPentadbiranPengurusan-
generic strategystrategi generikPengurusanPerancanganStrategi yang dipilih oleh pengurusan atasan organisasi untuk mencapai kelebihan daya saing dalam skop pasaran pilihannya. Ia merupakan strategi umum yang diguna pakai dalam pelbagai industri dan pasaran. Strategi generik diperkenalkan oleh Michael Porter yang melibatkan strategi kepimpinan kos, strategi pembezaan dan strategi fokus.
organisational analysisanalisis organisasiPengurusanPerancanganProses yang menilai keupayaan organisasi secara sistematik yang membawa kepada penentuan tahap daya saing organisasi. Analisis organisasi yang berkala dan terperinci membolehkan pengurusan organisasi tersebut memahami kedudukan prestasi semasa. Di samping itu, analisis ini perlu untuk mengenal pasti masalah dan peluang dengan tepat dan seterusnya membangunkan pelan tindakan yang bersesuaian. Antara instrumen yang lazim digunakan dalam analisis organisasi ialah analisis persekitaran (SWOT) dan penandaarasan. Lihat juga analisis SWOT, penandaarasan.
restructuringpenstrukturan semulaPengurusanPerancanganTindakan oleh pengurusan atasan untuk mengubah struktur asas sesebuah organisasi. Tujuan penstrukturan semula dilakukan adalah untuk meningkatkan daya saing dan kecekapan operasi organisasi. Penstrukturan semula boleh dilakukan terhadap sebahagian atau keseluruhan struktur organisasi. Contoh penstrukturan semula organisasi ialah perubahan struktur penjabatanan daripada mengikut fungsi kepada penjabatanan mengikut produk. Lihat juga penjabatanan.
reengineeringrekayasa semulaEkonomiTiada1. Satu pendekatan inovasi atau strategi dalam perniagaan yang memerlukan sesebuah organisasi atau syarikat menilai semula prosedur untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran atau perkhidmatan supaya memperoleh daya saing dalam perniagaan, khususnya dengan menggunakan teknologi maklumat dan peralatan komputer.
business process re-engineeringrekayasa semula proses perniagaanEkonomiTiadaSatu pendekatan inovasi atau strategi dalam perniagaan yang memerlukan sesebuah organisasi atau syarikat menilai semula prosedur untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran atau perkhidmatan supaya memperoleh daya saing dalam perniagaan, khususnya dengan menggunakan teknologi maklumat dan peralatan komputer.
downsizingpengecilan saizPengurusanPerancanganTindakan sesebuah syarikat yang mengurangkan bilangan tenaga kerja dengan memberhentikan sebilangan pekerjanya. Tindakan ini lazimnya diambil oleh syarikat untuk mengurangkan kos operasi yang ditanggung supaya syarikat tersebut dapat mengekalkan atau meningkatkan keupayaan daya saing dalam pasaran. Lihat juga pensaizan wajar.
cross-border strategic allianceperikatan strategik rentas sempadanPengurusanPerancanganPerikatan strategik yang melibatkan pembentukan kerjasama antara organisasi dari negara yang berbeza bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa. Perikatan strategik rentas sempadan bertujuan untuk memberikan kelebihan daya saing kepada organisasi dengan risiko yang lebih rendah berbanding tindakan pengambilalihan atau penggabungan. Contohnya, kerjasama antara syarikat penerbangan beberapa negara yang membentuk rangkaian perikatan yang mampu mengukuhkan prestasi pengoperasian pada peringkat antarabangsa.
public sector leadershipkepimpinan sektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Corak atau kaedah pentadbiran kerajaan yang melibatkan keupayaan mentadbir organisasi secara cekap, mantap dan efektif. Kepimpinan sektor awam memberikan penekanan kepada penerapan nilai-nilai murni dan daya saing yang mementingkan kebolehan serta prestasi kerja yang berkualiti. Dalam pada itu, elemen kepimpinan ini turut merangkumi keupayaan menjana pendapatan; menyelaras dan mengawal operasi dan guna tenaga; mengawas dan memantau perjalanan program serta membina jaringan hubungan yang luas. Dalam konteks pentadbiran awam, daya kepimpinan, inovasi serta kelayakan, pengalaman dan kemahiran mempengaruhi proses pemilihan pegawai-pegawai ke jawatan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan dan pentadbiran sektor awam masing-masing terikat dengan garis panduan yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam.

12

Kembali ke atas