land ownership registration | daftar hak milik tanah | Sosiologi | Tiada | Sistem pendaftaran hak milik tanah di bawah Kanun Tanah Negara sebagai bukti kepunyaan dengan merekodkan butiran hak milik, termasuk lokasi dan sekatan-sekatan ke atasnya untuk memudahkan urusan tentangnya seperti pindah milik dan pecah sempadan. |
pawned item ownership | pengehakmilikan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses mengambil barang gadaian sebagai hak milik. Pengambilan hak milik boleh dilakukan oleh pegadai apabila penggadai gagal melunaskan pinjamannya setelah tamat tempoh. Mengikut jumhur ulama, gadaian ini menjadi fasid sekiranya pengambilan hak milik ini dinyatakan dalam akad gadaian. Pengehakmilikan oleh pegadai hanya sah selepas tamat tempoh tertentu notis peringatan terakhir penebusan dihantar kepada penggadai. |
consolidation of title | pengukuhan hak milik; penyatuan hak milik | Geografi | Tiada | Tiada |
consolidation of title | pengukuhan hak milik; penyatuan hak milik | Undang-undang | Tiada | Tiada |
contract of ownership | kontrak memberi hak milik | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang membolehkan pemindahan hak milik sesuatu harta atau manfaat harta berlaku antara pihak yang terlibat. Kontrak ini terbahagi kepada kontrak pertukaran dan kontrak kebajikan. Pemindahan hak milik harta berlaku dari segi kedua-dua fizikal dan manfaat harta manakala pemindahan manfaat harta tidak melibatkan perpindahan milik fizikal harta. |
leashold ownership | hak milik pajakan | Sosiologi | Tiada | Penyewa hartanah yang diberi hak milik eksklusif hartanah itu oleh tuan punya untuk suatu tempoh yang kurang daripada yang dipegang oleh tuan punya hartanah itu. |
abstract of title | ringkasan hak milik | Ekonomi | Tiada | Dokumen rasmi yang mengandungi ringkasan semua fakta daripada dokumen lain, yang membuktikan keesahan hak milik suatu harta. |
deprival of pawn right | pelucutan hak gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kehilangan hak penggadai terhadap barang gadaian yang meliputi hak milik, hak pengurusan dan hak penebusan. Kehilangan hak berlaku sekiranya penggadai melakukan penipuan, memberi maklumat palsu atau memberi penerangan yang tidak jelas dan tidak munasabah. Oleh itu, barang gadaian tersebut menjadi hak milik pegadai. |
subdivision of land | pecah sempadan tanah | Sosiologi | Tiada | Tanah hak milik tetap yang dipecah sempadan kepada dua bahagian atau lebih, tiap-tiap satunya untuk dipegang oleh tuan punya yang sama di bawah hak milik berasingan. |
partition of land | pecah bahagi tanah | Sosiologi | Tiada | Tanah hak milik tetap kepunyaan dua orang atau lebih sebagai tuan punya bersama dipecah bahagian supaya meletak hak pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu di bawah satu hak milik berasingan. |