domestic affairs | hal ehwal domestik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Urusan dalaman bagi sesebuah organisasi. Hal ehwal domestik merangkumi pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat dan gaji, transaksi kewangan, urusan cuti, pertukaran kerja dan kebajikan anggota organisasi. Segala hal ehwal dalaman ini tidak boleh melibatkan sebarang campur tangan pihak luar organisasi. Contoh, dalam urusan kenaikan pangkat, pihak pengurusan atasan bertanggungjawab membuat segala keputusan tanpa dipengaruhi oleh pihak lain. |
public affairs | hal ehwal awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara-perkara yang melibatkan kepentingan, keselesaan dan kebajikan masyarakat umum. Hal ehwal awam menjadi agenda penting pemerintahan kerajaan dalam melaksanakan pentadbiran dan pembangunan negara. Penggubalan dasar-dasar negara biasanya bertitik tolak daripada hal ehwal awam, contohnya penggubalan Dasar Sosial Negara adalah kesan daripada masalah sosial yang kian menular sejak kebelakangan ini. Oleh itu, dasar ini memberikan penekanan khusus kepada kesejahteraan masyarakat secara holistik. |
internal affairs | hal ehwal dalam negeri | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perkara, urusan dan hubungan yang berlaku di dalam sesebuah negara yang tidak melibatkan sebarang negara luar. Hal ehwal dalaman secara amnya bebas daripada sebarang peraturan antarabangsa kerana tertakluk kepada undang-undang domestik negara yang berdaulat. Walau bagaimanapun, jika hal ehwal tersebut melibatkan pelanggaran tanggungjawab undang-undang antarabangsa, kebebasan itu tidak terpakai. |
public affairs | hal ehwal awam | Komunikasi | Korporat | Jabatan atau bahagian dalam sesebuah organisasi swasta atau awam yang berfungsi untuk mengurus dan memantau aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan, sama ada di dalam atau di luar organisasi. Bagi sesetengah organisasi, bahagian ini dikenali juga sebagai jabatan korporat atau perhubungan awam. Dalam organisasi swasta, bahagian hal ehwal awam turut bertanggungjawab untuk mengurus sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan perhubungan dengan agensi kerajaan. |
international affairs | hal ehwal antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perkara, urusan atau hubungan yang berlaku antara sebuah negara dengan negara yang lain. Hal ehwal merupakan elemen utama dalam aturan undang-undang antarabangsa. Contohnya, Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab melindungi dan memelihara hak dan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa serta memberi nasihat dan pandangan undang-undang kepada kerajaan Malaysia mengikut undangundang dan prinsip-prinsip antarabangsa dengan mengambil kira undang-undang dan dasar-dasar negara serta kepentingan awam. Selain itu, bahagian tersebut juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa obligasi antarabangsa Malaysia di bawah mana-mana perjanjian, triti dan konvensyen yang telah ditandatangani, dipersetujui, diratifikasi, disertai atau dianggotai oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut peruntukan perlembagaan dan undang-undang, peraturanperaturan dan dasar-dasar negara. |
home affairs | hal ehwal dalam negeri | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara yang berkaitan dengan urusan dalaman sesebuah negara khususnya yang berkaitan dengan aspek keselamatan, politik, penjara dan kewarganegaraan. Hal ehwal ini dikawal oleh kementerian atau bahagian yang khusus bagi menjamin kedaulatan negara terpelihara. Bahagian ini diketuai oleh seorang menteri atau setiausaha yang bertaraf menteri dan bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan negara. Ia merupakan bahagian yang sangat penting bagi mencegah sebarang bentuk ancaman, pencerobohan dan anasir subversif. Di kebanyakan negara kedudukan jabatan polis, penjara, imigresen dan jabatan pendaftaran negara adalah terletak dalam kementerian ini. |
international affairs | hal ehwal antarabangsa | Pentadbiran | Tiada | Perkara yang berkaitan dengan hubungan antara negara, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerjasama serantau, NGO antarabangsa dan perbadanan multinasional. Hal ehwal ini melibatkan hubungan di luar sempadan sesebuah negara. Hubungan ini boleh bersifat perdagangan, perundangan, diplomasi, keselamatan, dasar organisasi, pasaran, krisis dan konflik. Kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN merupakan contoh yang berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa. |
public affairs news | berita hal ehwal awam | Komunikasi | Tiada | Berita mengenai hal-hal kepentingan awam termasuk isu perkembangan negara, dasar kerajaan dan perundangan. |
diplomatic correspondent | koresponden diplomatik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pihak yang terlibat dalam membuat liputan tentang hal ehwal luar negeri, seperti acara persidangan antarabangsa. Pihak ini termasuklah wartawan dan penyelidik yang membuat kajian secara mendalam. Hasil kerja mereka selalunya dihormati oleh anggota masyarakat hal-ehwal luar negeri. Koresponden diplomatik biasanya pakar dan fasih dalam bahasa yang digunakan oleh diplomat, dan mempunyai hubungan dalam lingkaran diplomat. Koresponden diplomatik bebas untuk menulis ideologi peribadi mereka sendiri dalam membuat tafsiran dan laporan. Mereka memperoleh maklumat daripada sumber yang percayai dalam sesebuah kementerian luar negeri. |
administrative officer | pegawai tadbir | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran sesebuah organisasi. Tugas dan fungsi mereka adalah berdasarkan bentuk struktur organisasi sesebuah jabatan. Pegawai Tadbir bertanggungjawab membuat keputusan, memimpin kakitangan bawahannya, melaksanakan dasar dan mengkoordinasikan aktiviti jabatan. Contohnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan seorang Pegawai Tadbir yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran kerajaan. |