Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hal
1. Bersinonim dengan perkara
( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan kejadian
( peristiwa, keadaan, situasi, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan sebab
( alasan)
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan tentang
( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berhal, mengehalkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abatement of actionpemberhentian tindakanPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa atau pentadbir atasan untuk menamatkan sesuatu projek atau program yang sedang dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya diteruskan juga, ia mungkin akan menjejaskan kepentingan awam. Pemberhentian tindakan merupakan langkah serta-merta yang diambil selepas mendapat maklumat, aduan atau laporan berikutan daripada sesuatu masalah yang timbul. Contohnya pemberhentian tindakan bagi projek ‘Jambatan Indah’ Malaysia-Singapura yang dirancang untuk menggantikan Tambak Johor.

selective exposurependedahan berpilihKomunikasiKorporatSifat khalayak terhadap media. Apabila khalayak terdedah kepada media, mereka membuat pilihan saluran atau maklumat berdasarkan cita rasa dan keperluan masing-masing. Hal ini kerana tidak semua khalayak memiliki cita rasa dan keperluan yang sama terhadap sesuatu perkara. Sifat pemilihan khalayak berubah mengikut masa dan keadaan. Selain itu, faktor pemilihan maklumat dalam kalangan khalayak bergantung pada kecenderungan persetujuan dan sokongan khalayak terhadap maklumat tersebut. Dalam komunikasi korporat, pengurusan program atau acara bagi syarikat atau organisasi biasanya mengambil kira keadaan sifat khalayak tersebut. Khalayak bagi pendedahan berpilih dikenali juga sebagai khalayak aktif.
gamblingmaisirEkonomiEkonomi IslamUnsur perjudian dan pertaruhan yang terdapat dalam sesuatu akad atau kegiatan. Maisir terdapat dalam akad insurans kerana pembeli polisi dan pengendali insurans menerima pampasan dan keuntungan masing-masing berdasarkan nasib. Hal ini kerana pembeli polisi mencarum untuk mendapat pampasan yang tidak pasti. Syarikat pengendali insurans pula menanggung risiko dalam pembayaran pampasan tersebut. Maisir pula tidak wujud dalam akad takaful kerana peserta dan syarikat pengendali takaful tidak terlibat dengan unsur nasib. Hal ini kerana peserta takaful mencarum untuk tujuan tabaruk dan tidak mengharapkan pulangan yang tidak pasti. Syarikat pengendali takaful juga tidak menanggung risiko kerugian akibat ketidakpastian pembayaran pampasan kerana pampasan tersebut dibayar daripada kumpulan wang takaful.
national advertising ratekadar pengiklanan kebangsaanKomunikasiKorporatJumlah bayaran ruang pengiklanan yang bertaraf kebangsaan. Jumlah bayaran ini biasanya standard dan lebih tinggi daripada bayaran ruang iklan di peringkat tempatan. Hal ini kerana ruang lingkup pengedaran iklan lebih luas dan biasanya dikaitkan dengan barangan yang lebih berjenama.
deception insurance/uncertainty insurancegharar insuransEkonomiEkonomi IslamKetidakjelasan yang wujud dalam rukun ma‘qud ‘alaih (benda yang diakadkan) pada sesuatu akad insurans. Hal ini kerana pihak yang membeli polisi tidak mengetahui sama ada mereka akan menerima pampasan dan jumlah caruman berserta keuntungan. Mereka juga mungkin menerima jumlah pampasan yang tidak setimpal dengan caruman yang dibayar. Kewujudan unsur gharar ini menyebabkan skim insurans tidak sah dari segi hukum syarak. Oleh itu, skim takaful yang tidak mengandungi unsur gharar diwujudkan. Dalam skim takaful, para peserta secara kolektif akan menerima kembali semua caruman sama ada dalam bentuk pampasan atau baki caruman selepas pampasan dibuat bersama-sama keuntungan. Pengendali takaful pula tidak menanggung risiko kerugian kerana segala pampasan dibayar daripada kumpulan wang takaful peserta.
default passwordkata laluan lalaiTeknologi MaklumatPerisianKata laluan yang pertama kali diberikan kepada individu apabila mereka menjadi pengguna sesuatu sistem. Pengguna biasanya akan menukar kata laluan ini sebaik sahaja dapat mencapai sistem. Hal ini kerana kata laluan lalai boleh diketahui oleh mana-mana pengguna lain yang menggunakan sistem tersebut. Contohnya, pengguna mesin juruwang automatik (ATM) akan diberikan kata laluan lalai pada pertama kali menggunakan kad ATM. Pihak bank biasanya akan menasihatkan pengguna agar menukar kata laluan lalai dengan kata laluan baharu.
commercial minuteminit iklanKomunikasiKorporatUkuran kos penggunaan ruang masa siaran iklan di media elektronik. Selain bentuk minit, kos penyiaran iklan boleh juga diukur dalam bentuk saat. Pengiraan pembayaran yang dibuat mengikut minit bergantung pada jenis rancangan dan kedudukan masa siaran. Hal ini kerana terdapat sesetengah stesen penyiaran menentukan pengiraan kos iklan mengikut minit, hanya untuk ruang siaran yang bukan pada masa perdana. Pada masa perdana pula, pengiraan kos iklan dibuat berdasarkan saat. Nilai minit atau saat yang dijual berbeza antara stesen bergantung pada populariti stesen atau populariti rancangan. Penentuan kos juga tidak tetap dan bergantung pada perkembangan ekonomi semasa.
closing datetarikh akhirKomunikasiKorporatTarikh yang ditetapkan oleh pihak media terhadap pengiklanan bagi menyerahkan salinan terakhir pengiklanan untuk dimasukkan ke dalam sesuatu masa siaran atau isu penerbitan. Ketepatan masa penyerahan salinan amat perlu bagi memudahkan kerja terakhir penyiaran atau penerbitan iklan. Hal ini kerana sekiranya pihak pengiklanan tidak menepati masa atau berlaku kelewatan penghantaran salinan, maka pihak agensi penyiaran atau penerbitan boleh melakukan penggantian kandungan siaran atau penerbitan dengan kandungan yang lain.
civilizationtamadunArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKeadaan hidup masyarakat yang bertambah maju. Tamadun berasal daripada perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau masyarakat yang mempunyai peradaban. Namun begitu, tidak semestinya peradaban merujuk kepada kemajuan yang dicapai di kota atau bandar semata-mata. Hal ini kerana peradaban manusia mempunyai tahap tertentu, iaitu peradaban rendah, primitif di desa dan peradaban tinggi di kota atau bandar. Contohnya, tamadun Yunani, tamadun Mesopotamia dan tamadun Rom. Sinonim peradaban.
integrated item pawnbrokinggadaian barang sepaduEkonomiEkonomi IslamBarang yang tidak boleh diasingkan atau dipecahkan untuk dijadikan barang gadaian. Contohnya, kereta, rumah dan pakaian. Pengasingan komponen kereta umpamanya akan menyebabkan kereta itu tidak boleh digunakan. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali tidak membenarkan gadaian dilakukan secara pecahan seperti separuh rumah atau separuh kereta. Hal ini kerana penggadaian sebahagian barang secara berasingan menyebabkannya tidak bermanfaat lagi dan tidak boleh dipegang sebagai barang gadaian.
1234567

Kembali ke atas