bagasse | hampas tebu | Pertanian | Agronomi | Bahan sisa pertanian yang terhasil setelah batang tebu diperah bagi mendapatkan cecair untuk dijadikan gula. Sesebuah kilang memproses tebu biasanya menghasilkan 30 peratus hampas tebu daripada tebu segar yang diproses. Hampas tebu mempunyai pelbagai kegunaan seperti menjadi bahan bakar dalam kilang gula atau medium untuk pengeluaran cendawan. Hampas tebu juga digunakan untuk membuat kertas. |
brewer’s grain | hampas bru | Veterinar | Tiada | Hasil sampingan dalam industri pembuatan bir, yang menjadi sumber protein dan karbohidrat untuk makanan ternakan ruminan. Dalam pembuatan bir, barli digunakan sebagai bahan utama yang difermentasikan. Hampas yang terhasil daripada proses ini dipanggil hampas bru. Kandungan protein kasar dalam hampas bru ialah di sekitar 27% dengan kandungan tenaga metabolisme sebanyak 2400 kal/g. |
sago by-product | hasil sampingan sagu | Veterinar | Tiada | Hasil sampingan yang diperoleh daripada perusahaan sagu. Hasil-hasil tersebut terdiri daripada hampas dan buangan kanji. Hampas sagu mengandungi tenaga dan protein yang rendah manakala kandungan serabutnya sangat tinggi. Bahan ini hanya sesuai untuk diberi makan pada ternakan ruminan pada kadar kurang daripada 10%. Manakala, buangan kanji mempunyai kandungan tenaga yang tinggi tetapi kandungan protein dan serabutnya rendah. Bahan ini boleh dijadikan sumber tenaga untuk ternakan. Nama saintifik sagu: Metroxylon spp. |
hampas | marc | Farmasi | Tiada | Tiada |
cotton linters | hampas kapas pendek (PEM.MAN) | Sosiologi | Tiada | Hampas kapas pendek: Serat kapas yang pendek yang melekat pada biji kapas dan menjadi sumber selulosa dalam penghasilan sesetengah rayon. |
disposal of tailing | pelupusan hampas | Kejuruteraan | Tiada | Proses membuang hampas yang tidak berguna atau tidak berharga daripada loji pemprosesan mineral. |
agricultural waste | sisa pertanian | Pertanian | Agroteknologi | Bahan yang diperoleh daripada sisa tanaman dan ternakan selepas penuaian atau pemprosesan hasil utama. Bahan ini termasuklah jerami padi, kulit koko, hampas isirung kelapa sawit, hampas nanas serta sisa ternakan seperti najis haiwan dan sisa rumah sembelih. Sisa pertanian seperti ini boleh dimanfaatkan untuk pertanian sebagai makanan ternakan atau baja organik. Selain itu, sisa pertanian boleh terdiri daripada bahan kimia seperti racun rumpai, kulat, serangga, baja kimia dan bahan asing seperti sisa plastik. Sisa seperti ini menjadi masalah pencemaran persekitaran dan perlu diuruskan dengan cekap. |
Coconut cake | Hampas kelapa | Pertanian | Agronomi | Bahan sisa pertanian yang terhasil setelah minyak kelapa diekstrak daripada isi kelapa. Hampas kelapa biasanya digunakan sebagai makanan ternakan seperti lembu dan kambing kerana mengandungi minyak dan protein. |
palm kernel meal | mil isirung kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Bahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah dari isirung kelapa sawit. Hampas yang berbentuk kek selepas diperah minyak dikisar supaya menjadi habuk atau mil. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit. |
crop remains | sisa tanaman | Pertanian | Agronomi | Baki bahan tanaman setelah tanaman dituai. Contohnya, bagi tanaman tebu, sisa tanamannya ialah hampas batang dan daun yang tinggal setelah batang tebu diperah gulanya. Bagi tanaman nanas pula, sisa tanamannya terdiri daripada kulit dan daun nanas yang tinggal setelah buah nanas dikupas untuk ditinkan. Sisa tanaman kelapa sawit termasuk hampas isirung kelapa sawit dan tandan kosong setelah minyak kelapa sawit diperah daripada buahnya. Walaupun sisa tanaman biasanya dianggap sebagai bahan buangan, sisa tanaman dapat dimanfaatkan untuk dijadikan makanan ternakan atau baja kompos. Hampas isirung kelapa sawit kini digunakan sebagai makanan ternakan ruminan secara fidlot dan dieksport sebagai makanan ternakan. |