mortgage debt | hutang dicagar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Hutang yang diterima oleh penggadai daripada pegadai. Penggadai perlu menyerahkan barang gadaian sebagai cagaran untuk jaminan hutang tersebut. Hutang berkenaan mesti dinyatakan jumlahnya dan tarikh bayaran semula. Barang gadaian pula mesti diketahui jenis dan nilainya. Hutang tersebut mestilah hutang yang telah disabit dari segi hukum syarak. |
ibra’ | pengguguran hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan pelepasan hutang atau hak kepada penghutang atau penjamin sama ada pelepasan semua hutang atau hak, atau sebahagian hutang atau hak sahaja. Contohnya, pemiutang berkata “Saya gugurkan hutang awak”, maka gugurlah hutang dan pemiutang tidak ada hak menuntut hutang. Sekiranya tindakan pelepasan atau pengguguran hutang itu diberikan kepada penjamin sahaja, maka penghutang tidak terlepas daripada tanggungan hak pemiutang. |
amortization of debt | pelunasan hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembayaran balik hutang kepada pemberi hutang. Pembayaran boleh dilakukan melalui beberapa cara, iaitu pertama, bayaran ansuran prinsipal dan keuntungan sepanjang hayat hutang. Kedua, pembayaran sekali gus sebelum tamat tempoh hutang. Sekiranya si berhutang gagal melunaskan hutang, pemiutang boleh mengenakan penalti, memanjangkan hayat hutang atau ibra’. |
multipawner | berbilang penggadai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Beberapa individu yang bersama-sama menggadaikan barang masing-masing untuk menjamin hutang tertentu. Hutang yang dijamin boleh berupa hutang penggadai atau hutang orang lain. Para penggadai boleh mencagarkan barang milik bersama, beberapa barang milik persendirian atau barang milik orang lain. |
kafalah bil dayn | jaminan hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi melangsaikan hutang. Apabila tuntutan hutang dilakukan, maka jaminan hutang boleh dituntut daripada penghutang, penjamin atau kedua-duanya. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat bahawa akad ini termeterai tanpa perlu ungkapan qabul di pihak penerima jaminan. |
ada’ dayn | melaksana hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal menunaikan atau melangsaikan hutang sama ada hutang pinjaman, jual beli atau denda. Pelangsaian hutang boleh dilakukan oleh penghutang sendiri atau pihak lain. Sinonim wafa’ al-dayn. |
debt collection | pemungutan hutang; pungutan hutang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Islamic debt securitizatian | pensekuritian hutang Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses penerbitan sekuriti bersandarkan hutang yang mempunyai aliran tunai berkala. Dalam pensekuritian ini, pihak pemberi hutang akan menjual hutangnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan mudah tunai segera. Pihak ketiga pula akan mengeluarkan sekuriti sendiri untuk mendapatkan dana bagi tujuan membeli hutang tersebut daripada pemberi hutang. Akad muawadhat digunakan bagi urus niaga antara pemberi hutang dengan pengeluar sekuriti (pihak ketiga) dan akad qardul hasan atau akad murabahah pula digunakan bagi urus niaga antara pemberi hutang (pihak kedua) dengan si berhutang (pihak pertama). |
prompt payment | pencepatan bayaran hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pengurangan jumlah bayaran hutang yang disebabkan oleh pembayaran hutang yang dilakukan lebih awal daripada tempoh ditetapkan. Pengurangan ini diberikan sebagai galakan supaya individu yang berhutang melunaskan hutangnya secepat mungkin. Tindakan ini membolehkan pemberi hutang mendapatkan semula wangnya lebih awal manakala individu yang berhutang pula mendapat pengurangan jumlah bayaran balik hutang. Jumlah pengurangan atau potongan boleh dimasukkan dalam dokumen perundangan utama bagi transaksi hutang Islam di bawah klausa ibra’. |
debt instrument | instrumen hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sebarang dokumen yang menandakan pemegangnya mempunyai tuntutan hutang terhadap pengeluar dokumen tersebut. Instrumen hutang dikenali juga sebagai sekuriti, walaupun kadangkala sekuriti merujuk kepada alat hutang yang mempunyai tempoh matang yang panjang. Contohnya, bil, bon atau nota yang dikeluarkan oleh kerajaan dan swasta. Apabila instrumen ini diurusniagakan mengikut prinsip syariah seperti murabahah dan bai‘ bithaman ajil, instrumen ini dikenali sebagai instrumen hutang Islam. |