vaulting horse | kekuda pelana | Sukan | Tiada | Alat yang mempunyai dua pegangan berjarak 0.4 hingga 0.44m, ketinggian dari tapak ialah 1.22 m, panjang pelana ialah 1 m, dan digunakan pada sukan gimnastik. |
oxidation number | nombor pengoksidaan | Kimia | Tiada | Bilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkir daripada anion untuk memperoleh atom neutral. Misalnya, dalam natrium klorida, nombor pengoksidaan bagi natrium ialah +1 dan bagi klorin ialah – 1. Sin. nombor valens. |
breast height | aras dada | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Ketinggian piawai untuk mengukur lilit, diameter dan luas pangkal pokok hidup. Ketinggian yang digunakan ialah 1.30 m atau 4 ka 4 in, tetapi di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, ketinggian yang digunakan ialah 1.37 m atau 4 ka 6 in dari aras tanah. |
bond length | panjang ikatan | Kimia | Tiada | Jarak di antara dua nukleus atom yang terikat bersama di dalam satu sebatian. Ikatan berganda adalah lebih pendek daripada ikatan tunggal. Misalnya, pengikatan bagi N = N ialah 1.10Å, dan N-N ialah 1.45Å. Sin. jarak ikatan. |
apron check | dam apron | Kesenian | Tiada | Corak segi empat yang dihasilkan daripada yarn yang dicelup dengan satu warna dan berselang-seli dengan yarn putih. Saiz setiap segi empat itu ialah 1", 1/2", 1/8" dan 1/16". |
breast heigt | aras dada | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ketinggian yang lazimnya digunakan sebagai piawai untuk mengukur lilit, garis pusat dan luas pangkal pokok hidup. Ketinggian yang digunakan ialah 1.30 m atau 4 ka 3 in, tetapi di setengah-setangah negara seperti Amerika Syarikat, ketinggian yang digunakan ialah 1.37 m atau 4 ka 6 in dari aras tanah. |
multiplicative inverse | songsangan terhadap pendaraban | Matematik | Tiada | =O, salingan X ialah 1/x. |
pascal | pascal | Kejuruteraan | Tiada | Unit terbitan SI untuk tekanan, dengan nilainya ialah 1 newton per meter persegi. |
certain (in probability) | pasti (dalam kebarangkalian) | Matematik | Tiada | Sifat yang berlawanan dengan mustahil dan kebarangkalian berlakunya ialah 1. |
volume | isi padu | Matematik | Tiada | Sukatan ruang di dalam sesuatu pepejal. Isi padu kubus yang tepinya 1 unit ialah 1 unit3. Isi padu kuboid = panjang x lebar x tinggi. |