divine afflatus | ilham kudus | Kesusasteraan | Tiada | Ilham yang didapati oleh pengarang dari desakan batin yang yang mendorongi ia menulis. Contoh: dapat dikesan pada mukadimah Tuhfat al-nafis. |
divine afflatus | ilham kudus | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
creation | ciptaan | Komunikasi | Tiada | Hasil daripada ilham dan imaginasi seseorang melalui desakan minda dan perasaannya. Bentuk ciptaan ini boleh terdiri daripada unsur-unsur kesenian bahan tulisan, bahan tontonan dan sebagainya. |
inspiration | inspirasi | Kesusasteraan | Tiada | Daya kekuatan atau ilham dari dalam diri pengarang yang mempengaruhi jiwa, fikiran serta perasaan untuk mencipta. |
kawi | kawi | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang dianugerahkan ilham, mempunyai pengetahuan, atau yang dapat meramalkan masa hadapan. Para kawi biasanya dalam kalangan guru atau rishi. Seterusnya, kawi yang lebih khusus merujuk kepada penyair, dan para kawi ini dikenali di Jawa. Kawi berasal dariapda perkataan Sanskrit kavi bermaksud �pemuisi�. Lihat juga kakawin. |
deism | deisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang berpegang kepada kewujudan Tuhan tetapi tidak menerima wahyu atau ilham atau rukun-rukun agama, muncul pada abad ke-17 dan ke-18. |
deism | deisme | Sejarah | Tiada | Fahaman yang berpegang kepada kewujudan Tuhan tetapi tidak menerima wahyu atau ilham atau rukun-rukun agama, muncul pada abad ke-17 dan ke-18. |
epic question | soalan epik | Kesusasteraan | Tiada | Teknik yang digunakan oleh penyair epik untuk memohon bantuan daripada dewi ilham atau kuasa yang lebih tinggi bagi membantu menjelaskan sesuatu yang sedang terjadi dalam cerita. Contohnya, penulis Milton banyak menggunakan teknik ini pada permulaan bukunya berjudul Paradise Lost, jilid I, VII dan IV. |
canon | daftar karya | Kesusasteraan | Tiada | 1. Dalam agama Kristian daftar kitab rasmi yang diterima sebagai sebahagian Alkitab, dianggap ilham daripada Tuhan. 2. Zaman sastera klasik daftar karya agung yang wajib dibaca oleh para siswa dan merupakan sebagai contoh untuk ditiru. |
organic | organik | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina yang berkaitan dengan hubungan antara bangunan dengan iklim yang mengambil ilham daripada alam semula jadi. Dalam seni bina, penggunaan unsur organik menggalakkan keharmonian antara kediaman manusia dengan alam semula jadi melalui pendekatan reka bentuk yang bersepadu dengan persekitaran, dan menjadikannya komposisi yang saling berkaitan. Reka bentuk bangunan yang menggunakan pendekatan organik mengambil unsur-unsur daripada tumbuh-tumbuhan seperti rupa bentuk dan sifatnya. Lihat juga seni bina organik. |