sarong | kain sarung | Kesenian | Tiada | Skirt lilit keliling lurus, labuh, berwarna terang serta mempunyai lipatan yang lebar bahagian hadapan dan diikat di pinggang, pakaian lelaki dan wanita di Asia Tenggara. |
panung | fabrik panung | Kesenian | Tiada | Fabrik kapas berukuran 3 x 10 kaki, digunakan sebagai kain sarung oleh lelaki dan wanita Thailand yang mempunyai 3 kualiti, iaitu pata, papoon dan palai. |
pakama | fabrik pakama | Kesenian | Tiada | Fabrik sutera bercorak genggang yang berwarna-warni, digunakan untuk membuat kain sarung di Thailand. |
bunga kotak | bunga kotak | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur geometri berbentuk kotak-kotak, terdapat pada kain sarung. |
bunga bebaling | bunga bebaling | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur benda berbentuk bebaling, lazimnya menjadi pengapit kepala kain sarung dan di dalam motif pucuk rebung. |
patadoenes | sarung patadoenes | Kesenian | Tiada | Istilah Filipina untuk kain sarung yang diimport. |
bunga ketam guri | bunga ketam guri | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga ketam guri, lazimnya terdapat pada kain sarung. |
belt buckle | pending | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat kelengkapan tradisional berbentuk kepala ikat pinggang. Alat ini dipakai di bahagian hadapan pinggang bagi mengukuhkan ikatan kain sarung, samping dan bengkung. Alat ini dipakai oleh lelaki dan wanita sebagai lambang budaya tradisi. Pending biasanya diperbuat daripada emas, tembaga dan perak. Bentuknya seperti daun sehelai mata jadam atau sepotong wajik runcing di kedua-dua bucu yang dihiaskan batu permata, delima, zamrud serta ukiran timbul berlarik. Alat ini dipercayai diperkenalkan oleh Cik Siti Wan Kembang di Kelantan pada awal abad ke-15 M. |
bunga kenanga Bangkok | bunga kenanga Bangkok | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga kenanga, lazimnya menjadi pengapit kepala kain sarung atau diletakkan di bahagian tepi kain. |
pillow case | sarung bantal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sarung biasanya daripada kain kapas yang boleh ditanggalkan untuk menyarung bantal. |