Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.han] | کصحن

Definisi : perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
discriminant validitykesahan diskriminanPsikologiPsikologi UmumKesahan yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kesahan gagasan, iaitu sejauh mana sesuatu ukuran itu mengukur gagasan yang ingin dinilai. Kesahan ini penting untuk menilai alat ujian baharu yang diukur. Contohnya, kesahan diskriminan antara dua alat ujian dikatakan wujud apabila korelasi antara keduanya rendah. Dengan kata lain, satu ujian dapat mendiskriminasikannya dari yang lain. Umpamanya, jika korelasi antara ujian kepuasan hidup dengan ujian afek positif adalah rendah, maka kepuasan hidup itu boleh didiskriminasikan daripada afek positif.
interfield validity checkingpenyemakan kesahan antara medanKejuruteraanTiadaPenyemakan kesahan data untuk menentukan kesahan nilai, secara rujukan dengan nilai yang lain.
coefficient of validitypekali kesahanPsikologiPsikologi UmumDarjah kesahan yang dinyatakan sebagai korelasi antara satu ukuran yang ditumpukan dengan ukuran atau pemboleh ubah yang lain. Sinonim koefisien kesahan.
authenticitykesahanUndang-undangTiadaSesuatu yang mempunyai ciri-ciri kebenaran, keadilan, kesahan, ketulenan dan kewibawaan.
coefficient of validitykoefisien kesahanPsikologiPsikologi UmumLihat pekali kesahan.
validitykesahanMatematikTiadaSifat pada sesuatu hujah yang sama ada sah atau tidak sah. Sesuatu hujah dikatakan sah sekiranya apabila premisnya benar, kesimpulannya benar juga. Sesuatu hujah tidak sah sekiranya wujud situasi premis benar tetapi kesimpulan palsu. Lihat juga hujah.
item validitykesahan butirPendidikanTiadaTiada
predictive validitykesahan ramalanPendidikanTiadaTiada
curricular validitykesahan kurikulumPendidikanTiadaTiada
curriculum validitykesahan kurikulumPendidikanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas