Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sung.gu.han] | کسوڠݢوهن

Definisi : perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sung.gu.han] | کسوڠݢوهن

Definisi : 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri China. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assertivekesungguhanLinguistikTiadaTiada
earnestkesungguhanEkonomiTiadaTiada
political willkesungguhan politikSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
commitmentiltizamPendidikanTiadaKesungguhan untuk mencapai matlamat pendidikan atau kursus yang diikuti.
self-assertionpenegasan diriKomunikasiKorporatKeupayaan untuk mempamerkan keyakinan diri semasa proses komunikasi. Kesungguhan untuk mempamerkan keterampilan diri ialah sifat asas yang perlu ada dalam diri seseorang terutama ketika melakukan pemujukan dalam proses komunikasi. Kerja yang berkaitan dengan pemujukan banyak diamalkan oleh pegawai penerangan dan perubahan. Contohnya, pegawai penerangan dan perubahan perlu yakin dengan maklumat yang hendak disampaikan dan kemampuan yang ada pada dirinya sebelum melakukan kerja penerangan dan pemujukan kepada orang ramai. Hal ini kerja kedua-dua elemen ini boleh membentuk sifat penegasan diri yang seterusnya boleh menyebabkan khalayak yakin dan percaya dengan maklumat yang disampaikan.
self-actualizationpenghasratan diriKomunikasiKorporatIstilah yang asalnya diperkenalkan bertujuan untuk mendedahkan potensi atau keterampilan seseorang individu. Penghasratan diri dianggap sebagai tahap terakhir pembangunan psikologi yang dicapai seseorang individu selepas keperluan asas seseorang individu berkenaan dipenuhi. Dengan melakukan penghasratan diri, seseorang akan mampu untuk mempamerkan kekuatan dalaman yang sedia ada dalam dirinya, serta menunjukkan kesungguhan dan keterampilan diri bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Kekuatan dalaman ini merupakan sifat asas yang perlu ada dalam setiap diri individu semasa berurusan dengan orang lain atau semasa melakukan pemujukan terhadap orang ramai. Bagi individu yang terlibat sebagai pegawai perhubungan awam atau eksekutif pemasaran, kekuatan dalaman ini adalah sangat diperlukan dalam melaksanakan tugas-tugas harian bagi berhadapan dengan situasi yang mencabar. Bagi membangunkan penghasratan diri, seseorang individu perlu memahami dan peka terhadap orang lain dan persekitaran, serta berdikari,

Kembali ke atas