Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tih] | لتيه

Definisi : tidak bertenaga, penat: kerana terlalu ~ dan lesu, ia pun tidur dgn nyedarnya; ~ lelah = ~ lesu penat benar; meletihkan menjadikan letih, memenatkan; keletihan 1. perihal letih, kepenatan: anaknya tidur dlm ~; 2. sangat letih: anak muda itu sedang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tih] | لتيه

Definisi : tidak bertenaga; penat: Ayahnya tertidur di kerusi kerana terlalu ~. meletihkan menyebabkan menjadi letih; memenatkan: Berjalan kaki berbatu-batu ~ badan. keletihan 1 keadaan atau rasa letih; kepenatan. 2 berasa letih; dlm keadaan letih: Laksamana dan Sang Setia tersandar di bawah pokok itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letih (adjektif)
Bersinonim dengan penat, lesu, jerih, lelah, litak, mengah, rimpuh;,
Kata Terbitan : meletihkan, keletihan,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Dipakai orang sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Hati bimbang lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apokamnosisapokamnosisPerubatanTiada1. Keadaan seseorang yang cepat menjadi sangat letih. 2. Rasa berat atau kebas anggota semasa bergerak. 3. Kecenderungan untuk cepat letih.
digital eye strainletih mata digitalPerubatanTiadaTiada
piningmeranaVeterinarTiadaKeadaan haiwan yang menunjukkan sifat letih, tidak bermaya, bertambah kurus dan tidak menunjukkan kecerdasan, hilang selera makan serta mengalami kemurungan secara berpanjangan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penyakit kronik atau kekurangan sesuatu zat makanan. Selain itu, haiwan yang mengalami kekurangan kobalt juga boleh menjadi penyebab berlakunya keadaan merana.
depressionkemurunganPerubatanTiadaPerasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh pesakit.
depressionkemurunganGerontologiTiadaPerasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh seseorang.
kwashiorkorkwasyiorkorKejururawatanTiadaKeadaan malnutrisi kanak-kanak yang disebabkan kekurangan protein yang teruk dicirikan dengan letih lesu, meragam dan bengkak seluruh badan.
carphologykarfologiPerubatanTiadaKeadaan mengutil-ngutil cadar yang dapat dilihat pada pesakit yang deman teruk atau terlalu letih.
hypadreniahipadreniaPerubatanTiadaPenyakit akibat kekurangan fungsi kelenjar adrenal, yang dicirikan dengan pembentukan pigmen yang berwarna coklat kemerahan, letih lesu yang teruk dan gangguan proses pencernaan.
diabetes mellitusdiabetes melitusPerubatanTiadaPenyakit yang disebabkan gangguan fungsi hormon insulin yang mengakibatkan peningkatan paras gula darah. Diabetes melitus dicirikan oleh letih, dahaga, lapar, kerap kencing dan penurunan berat badan.
burnoutfenomena laihPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang dialami oleh seseorang pekerja profesional akibat tahap stres yang melampau atau stres akut. Fenomena laih merangkumi perasaan sangat letih, hilang semangat, bimbang, kerap mengalami insomnia dan prestasi kerja yang menurun. Fenomena laih ialah hasil daripada keadaan tekanan kerja yang berpanjangan. Contohnya, seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyiasat terlalu banyak kes jenayah berprofil tinggi akan mengalami fenomena laih.
12

Kembali ke atas