congestion pricing | bayaran kesesakan | Sosiologi | Tiada | Sistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna kenderaan bermotor yang memasuki kawasan dalam sesebuah bandar untuk mengawal jumlah kenderaan daripada memasuki kawasan berkenaan. |
moisture control | kawalan lembapan | Pergigian | Tiada | Kaedah mengawal lembapan daripada memasuki kawasan kerja seperti kaviti atau kanal akar gigi supaya tidak dikontaminasikan. Ia dilakukan dengan menggunakan empangan getah, gulungan kapas atau penyedut air liur. Kaedah ini penting untuk menghalang mikroorganisma daripada memasuki kanal akar atau untuk menjamin mutu restorasi yang dilakukan. |
tapeworm | cacing pita | Perubatan | Tiada | Cacing parasit yang terdapat di dalam usus. Cacing ini berbentuk pipih seperti pita dan bersegmen; telur cacing tersebut memasuki saluran makanan perumah perantara, dan seterusnya memasuki tisu untuk membentuk sista; apabila perumah perantara dimakan, sista tersebut berkembang di dalam saluran makanan perumah yang baru ini dan menjadi cacing pita dewasa. |
holding bay | ruang menahan | Aeroangkasa | Tiada | Kawasan sebelum memasuki landasan terbang yang pesawat udara perlu berhenti dan menunggu giliran berlepas.,Satu jidar yang selari dengan perentas min iaitu pusat graviti pesawat udara berada di hadapan titik olah gerak untuk keadaan kayu tetap dan kayu bebas.,Kawasan sebelum memasuki landasan terbang yang pesawat udara perlu berhenti dan menunggu giliran berlepas. |
sensory gating | pengegetan deria | Psikologi | Psikologi Umum | Proses yang menyekat impuls tertentu dan mengizinkan impuls yang lain memasuki otak. Contohnya, dalam pengegetan deria sakit dalam batang spinal, Melzack dan Wall (1996) mendapati satu deria sakit akan menghapuskan atau menghalang deria sakit yang lain daripada memasuki atau dipanjangkan ke otak. Menurut teori kawalan pengegetan, mesej sakit daripada pelbagai gentian saraf akan melalui �get� saraf yang sama dalam batang spinal. Jika �get� ini ditutup oleh satu mesej sakit, mesej lain tidak akan dapat melepasinya. Contohnya, dalam kaedah lawan keradangan seperti yang dilakukan dalam rawatan akupunktur, badan yang ditusuk dengan jarum halus, sama ada dipanaskan atau dialirkan arus elektrik menyebabkan kesakitan kecil yang timbul akan menyekat kesakitan yang lebih teruk dengan cara menutup pintu saraf. |
age at entry into labour force | umur memasuki tenaga buruh | Kependudukan | Tiada | Tiada |
simultaneous offside | ofsaid serentak | Sukan | Tiada | Memasuki secara serentak kawasan larangan oleh dua pemain yang bertentangan. |
access | capaian | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Memasuki sistem komputer untuk membaca atau menulis data. 2. Sambungan kepada sistem atau rangkaian komputer. |
endocytosis | endositosis | Veterinar | Praklinikal | Proses partikel memasuki sel tanpa merentasi membran plasma sel. Proses ini dibahagikan kepada tiga jenis; iaitu pinositosis; fagositosis dan endositosis berantarakan reseptor. Endositosis bermula dengan membran plasma merangkumi partikel; memencil dan kemudian membentuk karung membran yang dipanggil vesikel. Partikel terperangkap dalam vesikel tersebut. Hal ini juga merupakan cara fagosit membersihkan badan daripada mikroorganisma dan partikel. |
lost river | sungai lenyap | Geografi | Tiada | , dan memasuki aliran bawah tanah, biasanya didapati di kawasan kars. |