Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.pa.ti] | منمڤتي

Definisi : 1. mendiami atau menduduki (rumah dll), bertempat di ...: dia ~ dua buah bilik di rumah itu; 2. memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dll), memangku jabatan: mudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yg wajar sbg suatu tenaga yg berasal drpd rakyat; 3. ark, sl menjadi tempat, memberi tempat pd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.pa.ti] | منمڤتي

Definisi : mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phyllonitefilonitGeologiTiadaBatuan metamorf yang menempati kedudukan perantaraan di antara filit dan milonit.
alluvial fillisian aluviumGeologiTiadaMendapan aluvium yang menempati lembah sungai, lebih tebal berbanding dengan kedalaman sungai, dan mewakili satu unit stratigrafi.
myrmecophilmirmekofiliBiologiEntomologiSerangga, tungau, labah-labah dan sebagainya yang menempati sarang semut, sama ada sebagai �tetamu� yang diberi makan atau dilayan oleh semut, atau sebagai pebangkai.
effective permeabilityketertelapan berkesanGeologiTiadaKetelapan medium berliang terhadap bendalir yang menempati hanya sebahagian ruang liangnya dan bahagian selebihnya dipenuhi bendalir lain.
interstitial compoundsebatian interstisFizikModenMetaloid yang atom unsur bukan logamnya menempati kedudukan di ruang antara kekisi logam.
multiple allelesalel berbilangBioteknologiTiadaKumpulan alel yang dua daripadanya mungkin menempati kedudukan yang sama pada kromosom homolog dalam sel diploid. Kehadiran satu siri alel berbilang dikaitkan dengan ketakserasian.
mortar structurestruktur mortarGeologiTiadaStruktur mekanikal yang butiran-butiran kecilnya yang terbentuk oleh penggranulan, menempati ruang antara di antara butiran-butiran yang lebih besar.
meremerGeologiTiadaLembar air pegun; terutama kolam besar atau tasik kecil dan cetek, yang menempati lembangan akibat amblesan yang disebabkan oleh penyingkiran garam subpermukaan atau oleh tindakan pelarut air tanah ke atas garam.
intermontane glacierglasier antara gunungGeologiTiadaGlasier yang terbentuk oleh pertemuan beberapa glasier Alp dan menempati lekukan di antara permatang atau banjaran gunung.
allelealelFizikTiada1. Satu daripada sepasang atau lebih ciri keturunan alternatif. 2. Gen yang boleh menempati lokus yang sama sebagai gen lain dalam kromosom tertentu.
12

Kembali ke atas