maximum disability policy | polisi hilang upaya maksimum | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans pendapatan hilang upaya tidak boleh batal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi setiap tuntutan, tetapi tidak mengehadkan amaun agregat bagi semua tuntutan. Dalam lain perkataan, bagi setiap satu tuntutan terdapat satu amaun maksimum, tetapi mungkin terdapat banyak bilangan tuntutan yang berasingan bagi setiap keadaan hilang upaya. |
collimation | pengkolimatan | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengehadkan alur sinaran pada dimensi dan sudut serakan. |
caries control | pengawalan karies | Perubatan | Tiada | Kaedah mengehadkan pembentukan karies. |
delimitation | persempadanan | Sejarah | Tiada | Perihal membataskan atau mengehadkan sempadan antara dua negara yang bersengketa. |
minimalism | minimalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya dramatik yang mengehadkan karya kepada yang asas dan ringkas dalam bentuk yang singkat. Contohnya, karya haiku, epigram dan sketch dramatik yang amat singkat atau berbentuk monolog. Penggunaan latar hiasnya amat sedikit dan penggunaan kosa katanya kadangkala tanpa ujaran sehingga senyap sunyi. Contohnya, drama karya Samuel Beckett bertajuk Breath yang pementasannya mengambil masa 30 saat. Drama ini tidak mempunyai watak dan tiada sebarang ucapan. |
peak limiter | pengehad puncak | Kejuruteraan | Tiada | Peranti yang mengehadkan secara automatik, magnitud isyarat keluarannya kepada nilai maksimum terpraset dengan cara menurunkan pembesarannya apabila amplitud isyarat ketika melebihi nilai terpraset. |
frequency condition | syarat frekuensi | Kejuruteraan | Tiada | Syarat yang mengehadkan pemancaran sinaran daripada sesuatu atom kepada frekuensi yang tertentu sahaja. |
limiter circuit | litar pengehad | Sosiologi | Tiada | Litar untuk mengehadkan isyarat pada amplitud yang tertentu. |
interest restriction | had faedah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses mengehadkan faedah yang boleh dibenarkan sebagai potongan. |
mission constraint | kekangan misi | Aeroangkasa | Tiada | Faktor yang mengehadkan misi sesebuah pesawat. |