adsorption cooler | pendingin jerapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin mampatan yang menggunakan air sebagai cecair penyejuk dan litium bromida sebagai larutan penyerap. Cecair penyejuk pendingin ini tidak melalui proses pengewapan dan pemampatan semula sebagaimana unit pendingin mampatan jenis lain. Pendingin jenis ini sesuai bagi proses pendinginan pada suhu yang lebih tinggi daripada takat beku air. |
coolant hydrometer | hidrometer pendingin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Meter yang digunakan untuk menguji ketumpatan atau graviti tentu suatu campuran bendalir pendingin. Maklumat graviti tentu bagi campuran bendalir pendingin digunakan untuk menentukan titik beku bendalir pendingin. |
secondary heat exchanger | penukar haba sekunder | Kejuruteraan | Tiada | Penukar haba untuk memindahkan haba daripada litar pendingin sekunder ke litar pendingin tertier. |
oolant circulation | kitaran pendingin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem yang mengeluarkan haba dari enjin ke atmosfera dengan memaksa bendalir pendingin bergerak dalam satu kitaran aliran bendalir. Haba dari blok silinder dialirkan menggunakan bendalir pendingin dalam jaket air ke radiator, seterusnya dipam semula ke blok silinder. Suhu bendalir ini dikawal oleh termostat supaya tidak melebihi suhu spesifikasi, manakala tekanan bendalir dikawal oleh tukup tekanan radiator. Sistem ini juga bertujuan menghalang enjin daripada menjadi terlampau panas. |
coolant circulation | kitaran pendingin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem yang mengelaarkan haba clan enjin ke atmosfera dengan memaksa bendalir pendingin bergerak dalam satu kitaran aliran bendalir. Haba dari blok si linder dialirkan 111enggunakan bendalir pendingin dalam jaket air ke radiator, seterusnya dipam semula ke blok silinder. Suhu bendalir ini dikawal oleh termostat supaya tidak melebihi suhu spesifikasi, manakala tekanan bendalir dikawal oleh tukup lekanan radiator. Sistem ini juga berlujuan menghalang enjin daripada menjadi lerlampau panas. |
R designation for coolant | tatanama R sistem bahan pendingin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tatanama yang digunakan oleh The American Society of Heating, Refrigerating, and Air-Conditioning Engineers untuk menamakan cecair pendingin di dalam sesuatu sistem pendingin atau pemanas. Misalnya, R-40 ialah metil klorida, R-744 ialah karbon dioksida dan R-12 ialah Freon. |
intercooler | pendingin antara | Kejuruteraan | Tiada | Pendingin yang dipasang pada pemampat pancaperingkat untuk menurunkan suhu udara pada tekanan malar. |
absorption refrigerator | pendingin serapan | Fizik | Haba | Alat pendingin yang dihasilkan oleh pengembangan cecair ammonia kepada gas dan kemudian gas itu diserap oleh air. Ammonia tersebut digunakan semula selepas air tersejat. |
Carnot cooler | pendingin Carnot | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin khayalan yang dikendalikan mengikut prinsip edaran Carnot yang akan menghasilkan kerja maksimum termungkin bagi sebarang proses pendinginan di antara punca panas dan sejuk. |
cascade cooler | pendingin lata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin yang menggunakan lebih daripada dua kitaran sistem penyejuk, dan cecair penyejuk yang berlainan disusun dalam satu lata. Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan wujudnya had tekanan penyejat dan pemeluwap supaya pendinginan dicapai tanpa perlu mengubahsuai sistem penyejat atau pemeluwap untuk duti yang tinggi. |