bromine poisoning | keracunan bromin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada bromin (formula kimia, Br2), iaitu cecair perang-merah. Had pendedahan ialah 0.1 ppm, dan anggaran dos parah ialah 1 cm3. Kesan korosif ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut terjadi akibat pengingesan, penyedutan, atau penyentuhan kulit. Jika terambil secara pengingesan, pedih yang teramat dalam mulut, farinks, dan abdomen diikuti dengan muntah dan cirit-birit yang memendakkan darah gelap, tekanan darah turun mendadak, dan warna perang atau kekuningan mungkin terdapat di sekeliling atau didalam mulut. Astiksia terjadi ekoran edema glotis. Jika tersedut, gejalanya ialah batuk, tercekik, dan sakit kepala, pening, dan keadaan lemah, selepas 6 hingga 8 jam tempoh terpendam, diikuti dengan edema pulmonari dengan sesak dada, pening, kahak berbuih dan sianosis. Hemoptisis dan kesingkatan pernafasan mungkin berlerusan untuk beberapa minggu selepas pendedahan awal. Jika terkena kulit, gejalanya termasuk sakit yang tera |
potassium cyanide poisoning | keracunan kalium sianida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan atau penyerapan melalui kulit kalium sianida (formula kimia, KCN), iaitu bahan yang menyebabkan kesesakan dan kakisan mukosa gaster. Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah turun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan amaun yang banyak (melebihi 200 mg) menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Pengingesan atau penyerapan kulit yang tidak melebihi 200 mg menyebabkan pening, pernafasan cepat, muntah, muka merah, sakit kepala, mengantuk, tekanan darah turun, nadi cepat, dan tidak sedar. Mati semasa konvulsi berlaku dalam masa 4 jam. Keracunan kronik akibat pemakanan ubi kayu beracun boleh menyebabkan kerosakan saraf koordinasi. Penemuan makmal bagi keracunan akut menunjukkan asidosis metabolik teruk. Bau badam pahit mungkin terhidu semasa autopsi. Dos maut ialah 1.1 �g/mL -1.3 �g/mL. |
dichlorvos poisoning | keracunan diklorvos | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada diklorvos (DDVP, dimetil-2,2-diklorovinil fosfat), iaitu pestisid fosfat organik. Had pendedahan kepada bah an ini ialah 0.1 mg/ m3, dan dos maut (LD50) ialah 56 mg/kg. Tanda utama keracunan ialah gangguan penglihatan, kesukaran bernafas, dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut yang sedikit akibat penyedutan, penyerapan melalui kulit, atau pengingesan menyebabkan anoreksia, sakit kepala, pening, lemah, cemas, lidah dan kelopak mata terketar-ketar, miosis, dan kurang ketajaman penglihatan. Keracunan sederhana teruk pula akan mengakibatkan loya, peliuran, mala berair, kejang abdomen, muntah, berpeluh, nadi periahan, dan fasikulasi otot. Keracunan yang teruk mengakibatkan cirit-birit, anak mala kecil dan tidak reaktif, kesukaran bernafas, edema pulmonari, sianosis, hilang kawalan stinkter, konvulsi, koma dan jantung tersumbat. |
phenacetin poisoning | keracunan fenasetin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan fenasetin, iaitu ubat yang diberikan untuk melegakan sakit dan mengurangkan demam. Pengingesan kronik telah dikaitkan dengan kegagalan renal kronik. Dos keracunan akut ialah 0.5 g - 5 g, dos parah ialah lebih kurang 1 g/kg. Gejala keracunan kronik termasuk sakit abdomen, sakit kepala, sianosis, pening, anemia, lesu, kerengsaan dan insomnia. Antara gejala keracunan akut ialah perpeluhan, kerengsaan gastrik, seram sejuk dan tinitus, tekanan darah turun, sianosis, oliguria, jaundis, koma, kekejangan dan mati akibat kegagalan pernafasan. |
camphor poisoning | keracunan kamfor | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan kamfor, iaitu bahan yang terdapat dalam seselengah ubat gegat dan minyak kamfor. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan ialah pedih dalam mulut dan 'kerongkong, sakit epigastrik, rasa dahaga, loya dan muntah, cemas, pening, kelakuan tak rasional, pengsan, kaku, nadi cepat, pernafasan periahan, terketar-ketar otot muka, spasma otot, dan konvulsi. Dos parah adalah lebih kurang 1 g untuk kanak-kanak berumur 1 tahun, dan had pendedahan ialah 2 ppm. Penemuan patologi termasuk kesesakan dan perubahan edematus dalam saluran gastrousus, buah pinggang dan otak. |
quinidine poisoning | keracunan kuinidina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan kuinidina, iaitu ubat antiaritmik yang digunakan untuk merawat ritma jantung yang tak seragam. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah menurun dan loya. Keracunan akut menyebabkan tinitus, sakit kepala, loya, cirit-birit, pening, tekanan darah menurun dengan teruk sehingga hilang denyutan, nistagmus, bradikardia, dan kegagalan pernafasan. Keracunan kronik menyebabkan trombositopenik purpura yang mungkin teljadi selepas penggunaan kuinidina dalam masa yang singkat. Selepas pulih, dos tunggal 0.05 g - 0.1 g akan menyebabkan teljadi semula tanda purpura. Demam, urtikaria, pengelupasan, dan tindak balas anafilaksis mungkin berlaku. Dos maut mungkin serendah 0.2 g. Penemuan patologi dalam kematian akut tidak mempunyai ciri tertentu. |
tobacco poisoning | keracunan tembakau | Kimia | Forensik | Keracunan yang disebabkan oleh nikotina yang terdapat dalam tembakau. Tanda utama keracunan ialah rangsangan pernafasan dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut ekoran pencemaran kulit atau penyedutan asap tembakau, atau debu tembakau menyebabkan rangsangan pernafasan, loya dan muntah, pening, sakit kepala, ciritbirit, takikardia, tekanan darah meningkat, berpeluh, dan peliuran. Keracunan akut akibat pengingesan atau pencemaran kulit dengan insektisid pekat yang mengandungi nikotina menyebabkan pedih mulut, kerongkong dan perut, diikuti segera dengan prostrasi, konvulsi, pernafasan semakin perlahan, ketakseragaman jantung, dan koma. Kematian terjadi dalam masa 5 minit hingga 4 jam. Keracunan kronik akibat penyedutan asap tembakau meningkatkan insiden penyakit jantung koronari dan kanser oral, pundi kencing, dan saluran pernafasan. Had pendedahan nikotina ialah 0.5 �g/ L dan dos maut adalah lebih kurang 0.6 mg/kg (1 titis). |
amitriptyline | amitriptilina | Kimia | Forensik | Nama dagang, Elavil. Antidepresan trisiklik yang bertindak dengan cara menghalang penyerapan semula neurotransmitter ke dalam akson. Amitriptilina digunakan untuk merawat kemurungan mental dan kemurungan yang diikuti oleh keresahan, selta untuk merawat enuresis. Kesan sampingan bahan ini termasuk loya,gemuruh, anoreksia, rasa mengantuk, pening, terawang-awang, dan pengsan. Dos maut ialah I g bagi kanak-kanak berusia setahun. Kepekatan toksiknya pula ialah 1 µg/mL. Pada umumnya dos melebihi 30 mg/kg adalah berbahaya. |
sodium cyanide poisoning | keracunan natrium sianida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada natrium sianida (fonnula kimia, NaCN). Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah menurun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan dalamjumlah melebihi 22 mg/kg menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Pengingesan, penyedutan atau penyerapan kulit dalam jumlah lebih kurang 2.2 mg/kg menyebabkan pening, pernafasan cepat, muntah, muka merah, sakit kepala, mengantuk, tekanan darah menurun, nadi cepat, dan tidak sedar. Mati semasa konvulsi berlaku dalam masa 4 jam. Keracunan kronik akibat pengingesan sianida dalam ubi kayu dipercayai menyebabkan neuropati ataksia tropika. Penemuan makmal dalam keracunan akut menunjukkan asidosis metabolik yang teruk. Bau badam pahit mungkin dikesan semasa autopsi. Had pendedahan ialah 0.005 mg/L. |
arsenic poisoning | keracunan arsenik | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan unsur atau sebatian arsenic (As), iaitu unsur bukan logam yang merupakan pepejal berhablur. Bahan ini digunakan dalam racun semut, insektisid, racun rumpai, aloi, dan seramik. Dos maut bagi arsenik trioksida adalah lebih kurang 120 mg, bagi arsenik tak organik pula ialah 0.5 mg/m3 manakala bagi arsenik organik 0.1 g/kg - 0.5 g/kg. Keracunan kronik akibat pengingesan atau penyedutan arsenik mengakibatkan loya, pening, kulit berwarna dan bersisik, kulit tebal, kurang selera makan, dan garis putih pada kuku jari, keabnormalan kardiovaskular dan kesan ke atas saraf. Bagi keracunan akut akibat pengingesan arsenik, gejalanya ialah sakit usus dan perut yang teramat, cirit-birit, muntah, bengkak pada kaki dan tangan, kemungkinan kerosakan buah pinggang, jantung dan organ lain, serta kejutan. |