collagen | kolagen | Gerontologi | Tiada | Protein yang menjadi juzuk utama tisu perantara berserat putih di tulang, gigi, kulit, tendon, rawan dan semua tisu penghubung. |
collagen | kolagen | Perubatan | Tiada | 1. Protein yang menjadi juzuk utama tisu perantara berserat putih di tulang, gigi, kulit, tendon, rawan dan semua tisu penghubung. |
collagen | kolagen | Sosiologi | Tiada | 1. Protein yang menjadi juzuk utama tisu perantara berserat putih di tulang, gigi, kulit, tendon, rawan dan semua tisu penghubung. |
colony-stimulating factor (CSF) | faktor perangsang koloni (CSF) | Perubatan | Tiada | Kumpulan protein sitokin yang merangsang penghasilan sel darah putih tertentu dalam sumsum tulang. Protein ini terdapat di dalam badan secara semula jadi atau boleh dihasilkan di makmal. Ia digunakan jika berlaku kekurangan sel darah putih seperti pada pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. CSF merangkumi faktor perangsang koloni granulosit (G-CSF), faktor perangsang koloni makrofaj (M-CSF) dan faktor perangsang koloni granulosit-makrofaj (GM-CSF). |
bone-marrow toxicity | toksisiti sumsum tulang | Perubatan | Farmakologi | Keadaan apabila sumsum tulang yang mengalami kesan keracunan akibat daripada ubat atau bahan kimia. Sumsum tersebut akan mengalami hipoplasia atau aplasia sama ada secara kekal atau sementara. Keracunan ini menyebabkan berkurangnya penghasilan sel darah putih, sel darah merah dan platelet. Antara gejalanya ialah pucat, mudah mendapat jangkitan dan mudah mengalami perdarahan. Rawatan keracunan ini termasuklah menghindari agen penyebab, penggantian sel darah merah dan platelet, dan rawatan sokongan yang lain. Kesan keracunan kekal boleh menyebabkan kematian. Contoh penyebab toksisiti sumsum tulang ialah ubat Chloramphenicol dan racun serangga. |
haemotopoiesis | hemotopoiesis | Bioteknologi | Tiada | Proses pembentukan darah, iaitu pembezaan sumsum tulang dan sel limfa kepada eritrosit dan sel darah putih. Eritrosit dibentuk dalam sumsum tulang, manakala limfosit dan monosit dibentuk dalam tisu limfoid. |
dry-bone ore | bijih tulang kering | Geologi | Tiada | Mineral kumpulan kalsit yang berwarna putih hingga kuning, kelabu, coklat, atau kehijauan, merupakan mineral sekunder yang bersekutu dengan sfalerit dan sering terdapat sebagai pengganti dalam batu kapur. |
cartilagin | kartilagin | Kimia | Tiada | Protein tulang rawan, kenyal dan berwarna putih. |
tendon | tendon | Biologi | Histologi dan Sitologi | Jalur gentian putih yang mencantumkan otot pada struktur yang bergerak seperti tulang. |
monocyte | monosit | Perubatan | Tiada | Sel darah putih tanpa granul, yang paling besar yang mempunyai nukleus yang berbentuk ginjal. Sel ini dibentuk di dalam sumsum tulang dan apabila memasuki tisu, menjadi makrofaj. Sama seperti neutrofil, sel ini juga terdapat dengan banyak di kawasan jangkitan untuk menelan bahan asing dan sel mati. |