musical comedy | komedi muzikal | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan teater hiburan yang menggabungkan dialog, muzik, lagu dan tarian. Komedi muzikal menggunakan plot yang romantik dan memasukkan unsur burlesque dan satira. Kejayaan komedi muzikal bergantung pada lagu dan pementasan yang mengkagumkan. Komedi ini berasal daripada voudeville, iaitu bentuk persembahan teater yang bersifat kasar dan riuh rendah. Pada awalnya, komedi muzikal dikenali sebagai opera balada dan opera komik. Bentuk persembahan komedi ini berkembang dan menjadi popular di England dan Amerika pada awal kurun ke-20. Persembahan komedi muzikal yang terkenal ialah Hello Dolly, Fiddler on the Roof, dan My Fair Lady manakala komedi yang terbaharu ialah Cats, Miss Saigon, Les Miserables dan The Beauty and The Beast. Contoh tempatan ialah P. Ramlee: The Musical. Lihat juga burlesque, satira. |