Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
broken lettertaip rosakPerpustakaanTiada1. Mata huruf yang telah rosak dan tidak boleh memberi cetakan yang lengkap.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.
sulaksulakKesenianSeni Batik1. Proses membaiki corak batik lilin yang rosak, sama ada dengan memperbaiki atau menambah corak yang ada. 2. Proses membaiki dan menambah corak yang rosak pada stensil skrin untuk batik stensil-siap.
curing1. pengawetan 2. pematanganPentadbiran PerniagaanTiada1. Pengawetan: Proses membuat sesuatu supaya tahan lama dan tidak mudah rosak, menggunakan bahan pengawet.
downtimewaktu rosakKejuruteraanTiada1. Masa sesuatu alat tidak dapat bekerja disebabkan kerosakan.
faultsesar; gagal; rosak; kesalahanKejuruteraanTiada1. Retakan pada batuan yang disertai geseran antara dua blok yang bertentangan, menyebabkan satu blok teranjak secara relatif terhadap blok yang satu lagi. 2. Keadaan yang menyebabkan bahagian, komponen atau unsur sesuatu sistem gagal mewujudkan kelakuan yang dikehendaki yang berlaku sama ada secara fizikal atau logik.
disesthesiadisestesiaPerubatanTiada1. Keadaan sebarang deria yang rosak, khasnya deria sentuh. 2. Deriaan luar biasa yang tidak menyenangkan yang dihasilkan oleh rangsangan biasa.
tongssepit setemPentadbiran PerniagaanTiada1. Alat untuk menyepit setem agar tidak rosak.
tweezersepit setemPentadbiran PerniagaanTiada1. Sepit setem: Alat untuk menyepit setem agar tidak rosak.
plummer blockbongkah alasKesenianTiada1. Bongkah yang digunakan sebagai plat untuk bearing.,2. Bongkah untuk mengalas benda kerja supaya tidak rosak.
12

Kembali ke atas