lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Genre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping |
solar mythology | mitologi matahari | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita tradisi sama ada sastera rakyat atau legenda yang ditafsirkan secara primitif berkaitan hubungannya dengan matahari. |
folk literature | sastera rakyat/kesusasteraan rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Hasil-hasil sastera yang diturunkan secara lisan sama ada berbentuk kisahan atau tankisahan. Contoh: mitos, legenda, cerita rakyat dan puisi rakyat. |
folktale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rekaan dalam sastera rakyat, berbentuk naratif, disampaikan secara lisan dari satu generasi ke generasi dan merupakan hasil peninggalan nenek moyang tanpa diketahui penciptanya |
epimythium | moral akhiran | Kesusasteraan | Tiada | Senarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral. |
folk tale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rekaan dalam sastera rakyat, berbentuk naratif, disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi, merupakan hasil peninggalan nenek moyang tanpa diketahui penciptanya. |
trickster | penipu | Kesusasteraan | Tiada | Watak dalam sesebuah karya yang berfokus kepada penipuan atau watak yang banyak tipu muslihat. Watak penipu biasanya terdapat dalam sastera rakyat. Cerita Sang Kancil ialah contoh cerita penipu yang terkenal dalam budaya Melayu. Dlam cerita ini, watak kecil dan lemah biasanya dapat menipu watak kuat dan besar dengan menggunakan kepintaran akal. |
beast fable | fabel binatang | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah |
historical diffusion | resapan historis/difusi historis | Kesusasteraan | Tiada | Sejarah penyerapan unsur-unsur luar yang terdapat dalam sesebuah karya. Contoh: cerita-cerita rakyat Melayu dikatakan sebahagiannya bersumber dari cerita-cerita sastera rakyat India. |
legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbent |