Vierendeel truss | kekuda Vierendeel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kekuda dengan panel segiempat tepat dan bertanggam tegar. Anggota-anggota pada kekuda tersebut terdedah kepada daya-daya bukan paksian yang tinggi. |
box gutter | talang kotak | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Talang yang mempunyai keratan segiempat tepat, yang dibina di belakang dinding tepi atau di antara dua gigi bumbung. |
rough arch | gerbang kasar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Gerbang yang dibina daripada batu yang berbentuk segiempat tepat. |
structural tubing | pembuluh struktur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pembuluh daripada keluli yang geronggang atau yang berbentuk segiempat tepat yang digunakan sebagai anggota struktur. |
lag screw | skru tebat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Skru daripada kayu yang bergaris pusat besar dengan kepalanya berbentuk segiempat tepat atau heksagon. Skru ini digunakan pada penyambungan kayu. |
d’Arsonval galvanometer | galvanometer d’arsoval | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Galvanometer gegelung gerak yang terdiri daripada gegelung ringan segiempat tepat digantung dalam medan kuat antara kutub-kutub magnet ladam. |
stiff mud process | proses lumpur kukuh | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Proses membuat bata dengan cara memotongnya dengan dawai ke atas turus tanah liat lembab yang disemperitkan keluar menerusi acuan segiempat tepat. |