freeze drying | pengeringan sejuk beku | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Proses yang melibatkan penyejukbekuan diikuti oleh sublimasi ais daripada bentuk sejuk beku kepada bentuk kering. Pengeringan lengkap berlaku dalam tiga peringkat. Peringkat pertama melibatkan penyejukbekuan yang mengeluarkan air daripada komponen makanan terhidrat melalui pembentukan hablur ais atau campuran eutektik. Peringkat kedua melibatkan penyingkiran air daripada bahan melalui sublimasi hablur ais, dan peringkat terakhir melibatkan penyingkiran baki air melalui penyejatan dalam alat pengering sejuk beku dengan meninggikan suhu bahan. Teknik ini biasanya digunakan untuk mengeringkan makanan beraroma atau bertekstur sensitif seperti perisa makanan dari rempah ratus. |
freezing point depression | penurunan takat sejuk beku | Kimia | Tiada | Pengurangan takat sejuk beku cecair yang disebabkan oleh penambahan zat terlarut. |
freezing | sejuk beku; penyejukbekuan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sejuk beku: Berkaitan dengan keadaan yang tidak panas, rendah suhunya yang boleh menyejukkan dan membekukan sesuatu.,2. Penyejukbekuan: Proses yang melibatkan perubahan daripada keadaan cecair kepada keadaan beku. |
thawing/dilution | pencairan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | 1. Proses mencairkan ais dalam sesuatu makanan sejuk beku. Secara komersial, makanan sering dicairkan pada suhu hampir di bawah takat sejuk beku dengan menggunakan air suam, udara lembap atau pemasanan gelombang mikro. 2. Proses menjadikan sesuatu bahan kurang pekat daripada asal dengan memindahkan sejumlah kecil bahan ke dalam pencair seperti air suling. Contohnya 1/10 atau 10-1 atau 10 kali lebih cair daripada sampel asal. Dari segi ujian mikrobiologi kehadiran mikroorganisma dalam pencairan yang tinggi menunjukkan banyaknya bilangan mikroorganisma. |
freezer | penyejuk beku | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peti sejuk, ruang atau bilik yang boleh mengekalkan suhu sejuk beku atau separuh sejuk beku, untuk menyejukbekukan dan menyimpan bahan makanan mudah rosak. |
lyophilization | liofilisasi | Herba | Fitokimia | Kaedah pengeringan ekstrak yang menggunakan vakum pada suhu sejuk beku bagi mendapatkan ekstrak kering. Kaedah ini digunakan untuk menghasilkan ekstrak dalam bentuk serbuk bagi olahan sediaan herba. Nama lain bagi kaedah ini ialah pengeringan sejuk beku. |
freeze drying | pengeringan sejuk beku | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pengeringan yang mengeluarkan air daripada bahan, dalam keadaan bahan itu di bawah suhu beku. Kaedah ini digunakan untuk menyimpan bahan makanan seperti buah-buahan yang dijadikan makanan ringan, dan juga untuk bahan herba yang tidak boleh dikeringkan dengan menggunakan haba oleh sebab kandungan aktifnya akan hilang jika dipanaskan. Contohnya, kopi segera dihasilkan dengan menggunakan kaedah pengeringan sejuk-beku. Contoh lain ialah buah-buahan seperti durian, strawberi dan jambu. |
freezing | sejuk beku; penyejukbekuan | Fizik | Tiada | Tiada |
freeze | sejuk beku | Fizik | Tiada | Tiada |
freeze | sejuk beku | Geografi | Tiada | Tiada |