estimated ceiling | siling teranggar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Siling yang ketinggiannya ditentukan dengan salah satu cara yang berikut: i. dengan menggunakan gambar rajah ketinggian awan olakan atau rumus takat embun. ii. berdasarkan ketinggian mercu tanda atau objek yang jaraknya melebihi satu setengah batu nautikal dari landasan lapangan terbang. iii. berdasarkan pengalaman dengan syarat langit tidak dikaburi oleh hidrometeor dan litometeor apabila panduan-panduan lain didapati tidak mencukupi atau tidak sesuai, dan iv. dengan menggunakan silometer atau lampu sorot apabila penembusan alur cahaya melebihi normal untuk ketinggian dan jenis lapisan tertentu, atau apabila sudut dongakan atau pengimbas-pengesan silometer melebihi 84 darjah. |
nitrous oxide | nitrus oksida | Kimia | Tiada | Sebatian tak organik, formula N2O, takat beku -90.8°C, takat lebur -88.5°C, berbentuk gas yang tidak berwarna, tidak reaktif, tidak terbakar (tetapi membantu pembakaran), larut di dalam air, eter, etanol dan asid sulfurik pekat. Oksida ini disediakan melalui pemanasan terkawal ammonium nitrat hingga 200°C dan gas yang terhasil dilalukan melalui larutan ferum(II) sulfat untuk menyingkirkan benda asing nitrogen monoksida. Gas ini digunakan sebagai anestetik, gas propelan dan penyurih kebocoran. Nama umum nitrus oksida ialah gas ketawa. |