scour | keduk | Perikanan | Tiada | Lekuk yang terbentuk di bahagian dasar sungai, disebabkan hakisan arus air yang mengalir. Kawasan ini biasanya menjadi tempat ikan berlindung dan tumpuan pemancing. |
feeder creek | caruk pembekal | Perikanan | Tiada | Anak sungai yang mengalirkan air ke sungai atau tasik. Anak sungai ini mempunyai tebing yang biasanya berbatu-batu dan menjadi tempat ikan berlindung serta mencari makanan. |
cross-shore | beting tegak | Perikanan | Tiada | Timbunan pasir secara melintang dengan pantai yang terbentuk hasil daripada tindakan arus. Beting tegak terjadi akibat struktur penghalang ombak yang terdapat di luar pantai. Kawasan ini menjadi tempat ikan berlindung dan sekali gus menjadi lokasi yang digemari oleh pemancing. |