scraper | jemparas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Jentera yang digunakan untuk memaras dan mengaut tanah yang diratakan sambil bergerak ke hadapan ke tempat pemunggahan tanah. |
ore bin | bin bijih | Kejuruteraan | Tiada | Tempat simpanan bijih untuk memudahkan pemunggahan ke loji pemprosesan mineral. |
transshipment | punggahan sementara | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pemunggahan muatan daripada kapal untuk disimpan di satu tempat di pelabuhan, sementara menunggu kapal lain membawanya ke destinasi sebenarnya. |
bunker silo | silo kekubu | Veterinar | Tiada | Tempat simpanan silaj berbentuk kubu. Ia mempunyai tiga bahagian dinding dan berlantai konkrit, mempunyai lebar dan ketinggian yang disesuaikan dengan saiz traktor bagi pemunggahan rumput untuk memproses silaj. Dalam proses ini rumput ditutup dengan lapisan plastik supaya persekitarannya menjadi anerobik. |
skidway | betau penaik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pentas yang dibuat daripada kayu balak yang disusun selari dan tegak lurus dengan jalan tempat kayu balak atau kayu jaras dikumpulkan. Binaan ini biasanya terletak bersebelahan dengan jalan dan biasanya tinggi sedikit daripadanya bagi memudahkan pemuatan dan pemunggahan balak. |